Pandangan Syarak Mengenai Pengguguran
Kandungan
Pendahuluan:
Persoalan tentang pengguguran sentiasa berbangkit dari masa
ke masa sejak zaman dulu sampai sekarang. Dalam kitab-kitab fiqh kelasik
persoalan ini sentiasa dibicarakan sebagai sebahagian daripada Fiqh Jinayat.
Meskipun pada umumnya para ulama tidak banyak berbeza pendapat tentang hukum
perbuatan berkenaan, namun sedikit sebanyak perbezaan pendapat yang ada
merupakan titik pemikiran yang sentiasa menarik untuk dianaliosis. Apatah lagi
dalam realiti hidup sekarang ini, dimana gejala social telah menajadikan persoalan
seperti itu menajdi lebih rumit.
Di sepanjang zaman berkenaan, fatwa demi fatwa telah
dikeluarkan oleh para ulama baik secara sendirian mahupun secara berkumpulan.
Namun persoalan mengenainya tetap hidup dan menarik perhatian untuk dibicarakan
sampai sekarang. Kerana setiap zaman mempunyai realiti hidup dan keilmuan yang
tersendiri yang perlu diambil kira.
Tujuan kertas ini ialah untuk meninjau kembali pandangan
para fuqaha tentang persoalan berkenaan dan berbagai fatwa yang pernah
dikeluarkan. Matlamatnya ialah untuk memahami konsep hukum yang pernah
digunakan dan bagaimana ianya perlu dilanjutkan bagi menjawab segala persoalan
yang baru berbangkit dari masa kesemasa.
Konsep Pengguguran :
Tentu sekali kertas ini tidak berkait secara langsung dengan
apa-apa langkah yang diambil sebelum berlaku kejadian “mengandung”. Antara
contohnya ialah pencegahan hamil melalui berbagai cara yang ada, dulu dan
sekarang. Kerana langkah seperti itu tidak disebut oleh para fuqaha sebagai
“pengguguran” (Ijhadh). Tetapi sebaliknya istilah yang digunakan ialah ‘Azl yang
merupakan cara yang popular pada zaman dahulu bagi tujuan berkenaan.
Oleh yang demikian adalah penting bagi kertas seperti ini
untuk menentukan terlebih dahulu konsep-konsep asas yang berkait, seperti “permulaan
mengandung”, “penyawaan” (Nafkh al-Ruh) dan hal-hal yang berkait
dengannya.
Mengenai “permulaan mengandung”, para fuqaha berbeza
pendapat dalam menentukannya. Berasaskan apa yang boleh difahami daripada
kitab-kitab fiqh yang ada, terdapat tiga teori yang pernah dikemukakan oleh
para fuqaha. Pertamanya: Teori “Bersifat”(al-Takhalloq). Keduanya: Teori
“Percampuran Benih” (‘Alaqah),dan ketiga: Teori “ Kemasukan Benih” (Nutfah). Ringkasan
kepada teori-teori berkenaan adalah seperti berikut:-
- Teori “Bersifat” (al-Takhalloq):
Secara umumnya teori ini dikaitkan dengan al-Imam
al-Syafi’i. Menurut beliau, istilah “kandungan” (Janin) tidak boleh
digunakan terhadap apa-apa isi kandungan rahim wanita yang belum ada sifat
manusia, seperti jari, kuku dan sebagainya (al-Umm:6/107). Mengikut al-Muzani,
logiknya, kalau keguguran berlaku sewaktu kandungan berkenaan belum bersifat,
perempuan yang mengandung itu belum boleh disebut sebagai ibu (Mukhtasar
al-Muzani: 249-250).
Seorang ulama mazhab Hanafi, aljassas juga berpendapat sama
dengan pendapat ini. Kata beliau, selagi belum bersifat manusia ia tidak
disebut sebagai “kandungan”. Kerana itu, perbuatan membuangnya tidak boleh
diistilahkan sebagai “menggugurkan” kandungan mengikut hukum Syarak.(Ahkam
al-Quran:3/325-326)
- Teori “Percampuran
Benih” (al-`Alaqah)
Mengikut al-Bustani, konsep ini berasaskan kepada
persenyawaan antara benih lelaki dan perempuan di dalam rahim perempuan. Tambah
beliau lagi, berasaskan kepada konsep ini istilah “mengandung” boleh digunakan
bagi tempoh bermula daripada berlakunya persenwaan benih berkenaan sampailah
saat kelahiran anak berkenaan.(Da’irat al-Ma`arif: 6/285).
Kata al-Syarqawi, “kandungan” (al-Janin) bermaksud
apa yang ada dalam rahim ibu samada lelaki atau perempuan, dan samada sudah
bersifat atau pun belum (Hasyiah al-Syarqawi:2/424). Kata Ismail Ibn Ishaq,
sepertimana dinukilkan oleh al-Jassas, di sepanjang tempoh itu sampailah kepada
saat kelahiran ia disebut sebagai “kandungan” (al-Qurtubi:21/12)
- Teori “ Kemasukan
Benih” (Nutfah)
Antara mereka yang berpegang kepada teori ini ialah al-Imam
al-Qurtubi. Mengikut beliau, proses mengandung bermula sejak daripada mula-mula
mani lelaki masuk kedalam rahim perempuan lagi (Tafsir: 12/8 ). Kata Ibn
Mas’ud, sepertimana yang dinukilkan oleh al-Qurtubi, maksudnya apabila benih
berkenaan benar-benar masuk kedalam rahim (Tafsir:12/7)
Konsep Tiupan Ruh.
Dalam al-Quran al-Karim ada huraian yang agak panjang
tentanmg proses kejadian manusia. Berasaskan kepada proses tersebut, kandungan
dalam perut ibu melalui berbagai peringkat. Bagaimana pun al-Quran tidak
menyebut tempoh bagi setiap peringkat berkenaan. Firman Allah, maksudnya:
“Kami telah menjadikan kamu daripada tanah, kemudian dari
setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang
sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu
dan kami tetapkan dalam rahim apa yang kami kehendaki sampai waktu yang sudah
ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan
beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan.”-al-Haj(22):5
Dalam satu ayat yang lain, al-Quran memberi isyarat bahawa
pernyawaan bermula selepas daripada tiga peringkat pertama berkenaan, iaitu
penerimaan benih(Nutfah), percampuran benih (‘Alaqah) dan pembentukan
gumpalan darah (Mudhghah)). Firman Allah, maksudnya:-
“Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dari suatu
saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani
(yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami
jadikan segumpal darah. Lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging.
Dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang. Lalu tulang belulang itu
Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk yang berbentuk
lain. Maka Maha Suci Allah , Pencipta Yang Paling Baik”- al-Mu’minun (23): 12-14
Kata al-Qurtubi, para ulama berbeza pendapat tentang maksud
ungkapan “makhluk yang berbentuk lain” dalam ayat berkenaan. Mengikut
Ibn Abbas, al-Syu’abi, Abu al-‘Aliyah dan al-Dhahhak, maksudnya peniupan ruh
sesudah badan berkenaan tanpa nyawa (al-Qurtubi: 12/109). Tafsiran ini
diperkukuhkan oleh Hadis Rasulullah sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu
Mas’ud. Dalam Hadis tersebut Rasulullah s.a.w. bersabda , maksudnya kira-kira
“ Seseorang daripada kamu mula dijadikan dalam perut
ibu mu selama empat puluh hari. Kemudian dalam tempoh yang sama dia berada
sebagai air mani yang disimpan(‘alaqah).Kemudian dalam tempoh yang sama juga
dia berada dalam bentuk gumpalan darah (Mudhghah). Kemudia dihantar Malaikat
kepadanya, lalu malaikat itu meniupkan ruh ke dalam diri nya…” Diterbitkan
oleh al-Bukhari dan Muslim.
Ini bererti bahawa kandungan (janin) dalam perut
ibu nya melalui empat peringkat perkembangan: , iaitu penerimaan benih (Nutfah),
percampuran benih (‘Alaqah), pembentukan gumpalan darah (Mudhghah) dan
pernyawaan (Nafkh al-Ruh). Dengan mengambil kira bahawa bagi setiap
peringkat itu empat puluh hari, Hadis ini memberi erti bahawa pernyawaan
(peniupan ruh) akan berlaku selepas empat bulan pertama. Kata al-Qurtubi,
kerana itu para ulama tidak berbeza pendapat bahawa peniupan ruh berlaku
selepas empat bulan sepuluh hari (Tafsir: 12/8). Kata al-Nawawi, para ulama
bersependapat bahawa peniupan ruh tidak berlaku sebelum tempoh empat bula
mengandung. (Syarh al-Nawawi:16/191). Penegasan yang sama juga dibuat oleh Ibn
Hajar (Fath al-Bari: 11/481)
Persoalan
Kenyataan bahawa “kandungan” hanya akan mempunyai nyawa
selepas tempoh seratus dua puluh hari ini boleh menimbulkan persoalan samada
dalam tempoh sebelum itu ia bukan suatu hidupan yang dilindungi oleh hukum Syarak?.
Dengan kata lain, ia boleh digugurkan tanpa implikasi hukum? Jawapan kepada
persoalan ini memerlukan huraian selanjutnya.
Apa yang jelas daripada pandangan para fuqaha, mereka
bersependapat bahawa selepas peniupan ruh, iaitu selepas berlalu 120 hari
kandungan berkenaan telah sempurna menjadi seorang manusia. Dengan kerana itu
ia tidak sekali-kali boleh digugurkan. Walau bagaimanapun para ulama berbeza
pendapat tentang hukum pengguguran kandungan yang belum mencapai tempoh
berkenaan. Mereka mempunyai berbagai pandangan yang berbeza berkaitan dengan
persoalan berkenaan. Secara umumnya pandangan mereka boleh dihuraikan seperti
berikut:-
- Boleh digugurkan:
Maksudnya, sebelum peniupan ruh, atau dengan kata lain sebelum bernyawa kandungan berkenaan belum dianggap sebagai manusia. Oleh yang demikian ia boleh digugurkan. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi.
Kata al-Kamal Ibn al-Humam, harus bagi ibu berkenaan
menggugurkan kandungan tersebut selagi ia masih bersifat benih atau gumpalan
darah dan belum mempunyai anggota. Mengikut perkiraan, tempoh berkenaan akan
berlalu selepas seratus dua puluh hari. Sebab nya kerana dalam tempoh tersebut
kandungan berkenaan belum lagi menjadi manusia.(Syarh Fath al-Qadir:1/302)
Kata al-Kasani, kalau belum bersifat tidak mengapa ia
digugurkan .Kerana dalam keadaan seperti itu ia bukan manusia, tetapi sekadar
gumpalan darah.(Bada’i`: 10/4825). Kata Ibn Abidin, bolehkah kandungan itu
digugurkan? Jawab nya boleh,sebelum bersifat. Keadaan seperti itu hanya akan
berlaku selepas 120 hari. (Hasyiah:3/176). Kata al-Zaila`i, perempuan berkenaan
boleh menggugurkan kandungannya itu selagi ia belum bersifat, iaitu selepas 120
hari.(Tabyin:2/166)
Berasaskan kata-kata di atas ternyata bahawa para ulama
mazhab Hanafi berpendapat, sebelum bernyawa kandungan berkenaan belum dianggap
sebagai manusia. Oleh kerana itu ia boleh digugurkan tanpa melibatkan implikasi
hukum.
- Haram digugurkan:
Berbeza sekali dengan pandangan jumhur, iaitu majority para
fuqaha. Pada pandangan mereka ini, sebelum mempunyai nyawa sekalipun, kandungan
berkenaan sudah pun bersifat sebagai sesuatu yang bakal hidup. Maka hukumnya
samalah dengan hukum sesuatu yang telah benar-benar hidup.
Kata al-Syekh `Alisy, dari mazhab Maliki, apabila mani sudah
melekat di dinding rahim tidak lagi harus bagi mana-mana suami atau isteri atau
kedua-duanya sekali untuk menyebabkan berlaku keguguran. (Fath al-`Ula:1/399).
Kata Ibn Juzi, apabila mani sudah melekat di rahim ia tidak boleh lagi
diganggu. Apa lagi apabila ia sudah bersifat.(al-Qawanin al-Fiqhiyah:141).
Kata al-Hattab, Ibn al-`Arabi berpendapat para ulama sepakat
mengatakan pengguguran sebelum tempoh empat puluh hari selepas persetubuhan
berlaku adalah tidak harus.(Mawahib al-Jalil: 3/477). Kata Ibn Hajar
al-Haitami, para fuqaha berbeza pendapat tentang hukum perbuatan menyebabkan
keguguran kandungan yang belum bernyawa, iaitu sebelum genap 120 hari. Mengikut
Ibn al-Imad dan para fuqaha lain lagi ia nya perbuatan haram.(Tuhfat
al-Muhtaj:8/241).
- Hukum Pelbagai:
Maksudnya, perbezaan hukum mengikut perbezaan keadaan.
Berasaskan pandangan ini hukum perlu dibezakan antara samada pengguguran
berkenaan berlaku pada peringkat awal penerimaan mani (Nutfah), iaitu
sebelum tempoh empat puluh hari atau selepasnya. Mengikut al-Dirdir,
pengguguran Nutfahhukum nya makruh.(al-Syarh al-Kabir:2/266). Kata
al-Buhuti, harus. (al-Radh al-Murabba`:404). Kata al-Rahibani mengulas,
sebabnya kerana pada peringkat berkenaan kandungan itu belum lagi tentu samada
akan terus subur dan membesar atau sebaliknya.(Matalib:1/367). Kata al-Hattab,
menggugurkannya samalah dengan membuang mani di luar faraj (al-`Azl).
Berasaskan kata-kata di atas, ternyata bahawa para fuqaha
yang berpendapat harus melakukan pengguguran pada peringkat kandungan masih
dalam peringkat Nutfah ini berasaskan kepada Qiyas atas hukum harus
melakukan `Azl, iaitu mengluarkan mani di luar faraj semasa persetubuhan.
Bagaimanapun ada golongan yang tidak membezakan di antara
peringkat Nutfah seperti yang dihurai di atas dan `Alaqah,
iaiitu sesudah berlaku persenyawaan antara benih lelaki dan perempuan
berkenaan. Maksud nya, bagi mereka ini, hukum halal bukan sahaja berlaku pada
peringkat kandungan berkenaan masih sebagai Nutfah, tetapi juga
sesudah mencapai peringkat `Alaqah. Sebaliknya hukum haram hanya akan
berlaku selepas kandungan berkenaan memasuki peringkat Mudhghah, iaitu
bertukar menjadi ketolan daging.
Kata al-Dumyati, (I`anat al-Talibin:4/130),para ulama
berbeza pendapat dalam kes pengguguran yang berlaku pada peringkat Nutfah,iaitu
seleps mani melekat di dinding rahim. Mengikut al-Mirwazi, ia adalah
perbuatan harus, malah juga sesudah ia menjadi `Alaqah.
Ternyata berasaskan pandangan ini, para fuqaha berkenaan
menekankan soal samada benih yang dikandung itu sudah benar-benar setabil atau
pun belum. Kalau sudah setabil, iaitu telah menjadi gumpalan darah (Mudhghah) yang
mampu berkembang seterusnya maka ia haram digugurkan. Sebaliknya kalau belum
benar-benar setabil, misalnya baru dalam keadaan benih yang baru bertaut atau
baru melekat didinding rahim, maka hukum nya harus digigurkan.
Ulasan:
Ternyata daripada nukilan-nukilan yang dibuat di atas bahawa
mereka yang berpendapat harus melakukan pengguguran sebelum kandungan berkenaan
berusia empat bulan melandaskan pandangan mereka atas anggapan bahawa dalam
tempoh itu kandungan berkenaan belum lagi bersifat manusia. Bagi mereka yang
membataskan tempoh berkenaan setakat empat puluh hari sahaja pula menyamakan
perbuatan berkenaan dengan perbuatan membuang mani di luar kemaluan (al-`Azl) yang
hukum nya harus pada pandangan para fuqaha.
Sebaliknya pula mereka yang mengharamkan apa saja
pengangguran, termasuk sebelum kandungan berkenaan berusia empat puluh hari
menandaskan pandangan mereka atas alasan bahawa perbuat seperti itu merupakan
langkah pemusnahan terhadap makhluk Tuhan yang berpotensi untuk hidup sebagai
manusia.
Bagaimanapun, yang paling penting sekali dapat dirumuskan
daripada perbincangan berkenaan ialah kata sepakat para fuqaha dalam membezakan
hukum pengguguran di antara yang dilakukan sebelum dan sesudah kandungan
berkenaan bernyawa (Nafkh al-Ruh). Mereka bersependapat bahawa
pengguguran yang dilakukan selepas tempoh berkenaan adalah haram atas alasan
bahawa yang digugurkan itu adalah manusia.
Namun persoalan masih timbul mengenai pengguguran yang
dilakukan sebelum itu. Walaupun semua para fuqaha berpendapat bahawa dalam
tempoh berkenaan kandungan berkenaan belum bersifat manusia namun mereka
berbeza pendapat tentang hukum menggugurkannya.
Hakikat bahawa kandungan berkenaan belum lagi menjadi
manusia tidak lagi boleh dipertikaikan. Kerana ada Hadis yang mendokongnya. Apa
yang boleh dipertikaikan iahah implikasi hukum bagi hakikat berkenaan.
Maksudnya, apakah kerana ianya belum menjadi manusia maka ia boleh digugurkan
tanpa ada apa-apa masalah lagi, atau terdapat sebab-sebab lain lagi yang
menjadikannya haram. Persoalan ini memerlukan huraian lanjut yang akan
dilakukan di bawah ini:-
- Kaitan
antara sifat bukan manusia dan hukum halal digugurkan:
Walaupun hakikat kandungan berkenaan tidak bersifat manusia
sebelum ianya berusia empat bulan berasaskan kepada hadis yang sohih, namun
untuk mengatakan kerana itu maka ianya boleh digugurkan memerlukan alasan yang
lain. Kerana apa yang jelas kandungan berkenaan berpotensi untuk hidup sebagai
manusia. Maksudnya, meskipun ia belum bernyawa namun hakikat bahawa ianya
sesuatu yang hidup tidak boleh dinafikan begitu sahaja. Dalilnya, ia mampu
berkembang subur.
Bagi Ibn al-Qaiyim, kehidupan sesuatu kandungan itu boleh
dibahagikan kepada dua corak. Pertamanya bersifat seperti kehidupan
tumbuh-tumbuhan. Bagi beliau, kehidupan dalam sifat ini ada pada kandungan
berkenaan walaupun ia belum bernyawa. Dalilnya ialah ia boleh berkembang subur
melalui proses pemakanan secara tabi`i. Keduanya bersifat seperti kehidupan
manusia, iaitu berasaskan kepada nyawa.(al-Tibyan:2/183).
Bagi sesetengah para ulama, sifat hidup seperti yang
terdapat pada tumbuhan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam menentukan
hukum yang berkait dengan kandungan berkenaan. Bagi mereka, sifat ini perlu
diambil kira meskipun ia tidak boleh menjadi asas untuk menjadikan kandungan
berkenaan sebagai manusia. Kata Ibn `Abidin, selepas air mani itu melekat di
rahim ia berpotensi untuk hidup. Oleh kerana itu hukumnya perlu dianggap
sebagai sesuatu yang hidup (Minhat al-Khaliq: 3/215).
Kenyataan ini boleh menggugat kecenderungan untuk mengatakan
bahawa pengguguran dalam tempoh seperti itu adalah halal tanpa apa-apa sekatan
syarat. Apa lagi kalau diambil kira kenyataan bahawa ia mampu berkembang
sendiri dan seterusnya menjadi manusia kalau dibiarkan tanpa diganggu. Oleh
yang demikian adalah wajar untuk mengatakan ia haram digugurkan kecuai atas
sebab-sebab yang diiktiraf oleh Syarak. Maksudnya, ia tidak boleh dimusnahkan
kecuali atas alasan tertentu sama seperti benda-benda lain yang berfaedah,
sepertimana yang ditentukan oleh dasar umum dalam Syariat Islam.
- Qiyas
pembuangan mani yang melekat di dinding rahim (nutfah) atas
pembuangan mani diluar faraj (`azl).
Pengharusan pengguguran nutfah dalam usia sebelum
empat puluh hari berasaskan qiyas atas perbuatan membuang mani di luar faraj (`azl)yang
diharuskan oleh Islam adalah satu kesimpulan daripada andaian yang salah.
Pandangan al-Imam al-Ghazali dalam kitab beliau ‘Ihya’ Ululm al-Dinboleh
menjadi panduan yang jelas untuk mengatakan demikian. Kata al-Imam al-Ghazali:
“ `Azal (membuang mani di luar faraj)tidak seperti
ijhadh(pengguguran kandungan) atau wa’d (pembunuhan anak dalam kandungan).
Kerana ijhadh dan wa’d merupakan jenayah terhadap sesuatu yang benar-benar
sudah ada. Keadaan ini boleh dibahagikan kepada berbagai peringkat. Pertamanya,
apabila mani masuk kedalam rahim dan bercampur dengan benih perempuan serta
berpotensi untuk hidup subur. Memusnahkannya merupakan suatu jenayah. Bila ia
menjadi mudhghah atau `alaqah jenayah berkenaan menjadi semakin besar. Lebih
besar lagi apabila kandungan berkenaan sudah bersifat dan bernyawa. Paling
besar ialah jenayah yang dilakukan sesudah kandungan itu lahir sebagai manusia
yang hidup” (Ihya`: 2/53)
Kata beliau lagi:
“Perbezaan antara mani yang sudah melekat di dinding rahiM
dengan mani yang sedang keluar daripada alat kelamin lelaki ialah kerana yang
melekat di dinding rahim itu sudah bercampur dengan benih perempuan dan sudah
bersedia untuk berkembang subur …Maksudnya, telur perempuan merupakan suatu
Faktor dalam menentukan hukum berkenaan. Bandingannya sama seperti ijab dan
qabul dalam menentukan kewujudan akad. Kalau ijab ditarik balik sebelum berlaku
qabul ia tidak menjadi fasakh atau pembatalan. Berbeza kalau qabul sudah
berlaku, kerana penarikan selepas itu sifat nya melakukan fasakh dan pembatalan
apa yang sudah berlaku dan ada. Sepertimana juga mani yang masih dalam sulbi
lelaki tidak boleh melahirkan anak, begitulah juga yang keluar dari alat
kelamin lalaki selagi tidak bercampur dengan benih perempuan. Ini adalah qiyas
yang jelas (Jaly)” (Ihya’: 2/53)
Kata-kata al-Ghazali di atas mengandungi dua pemikiran
pokok. Pertamanya: Walaupun belum mempunyai nyawa (ruh) kandungan (janin) tetap
dihormai oleh Syarak sebagai sesuatu yang berpotensi untuk hidup. Malah sudah
mampu berkembang kearah pembentukan seorang bayi. Maka memusnahkan benda
seperti ini, iaitu dengan menggugurkannya termasuk dalam perbuatan memusnahkan
sesuatu yang bermanfaat, iaitu haram hukumnya. Keduanya:Perlindungan
yang diberikan oleh Syarak terhadap kandungan sebelum ianya bernyawa akan
berkembang selari dengan perkembangan kandungan itu sendiri. Semakin bertambah
umur kandungan itu semakin besar pulalah kesalahan menggugurkannya.
Kata Abu bakr al-Arabi, sesuai dengan konsep berkenaan “
Anak (yang terkandung dalam mani seorang lelaki ) itu ada tiga kategori. Pertama: Benar-benar
belum terjadi. Dalam keadaan ini ia boleh dihapuskan dengan `azl (membuang
mani di luar faraj), dimana hukum nya harus. Kedua: Sesudah melekat di dinding
rahim. Dalam keadaan seperti itu tidak harus bagi sesiapa untuk
menghapuskannya. Ketiga: Setelah bersifat tetapi belum bernyawa. Dalam keadaan
ini pengharaman menggugurkanya jauh lebih besar dari dalam dua keadaan di atas.
Lalu apabila ia sudah bernyawa maka penggugurannya jelas sekali merupakan
perbuatan membunuh tanpa khilaf di kalangan para fuqaha.(Fath al-Ula:1/400).
Kata Ibnu Juzi ,bila mani sudah melekat di dinding rahim ia
tidak lagi boleh diganggu. Lebih teruk lagi apabila ia sudah bersifat. Malah
apabila ia sudah bernyawa perbuatan menggugurkannya itu jelas merupakan
pembunuhan manusia tanpa khilaf di kalangan para fuqaha. (Al-Qawanin
al-Fiqhiyah:141).
Jelas sekali, menyamakan secara qiyas mani yang
sudah melekat di dalam rahim dengan mani yang baru keluar dan belum masuk rahim
adalah suatu penyamaan antara dua yang tidak serupa. Kerana mani yang baru
keluar dan belum memasuki rahim tidal lebih daripada benda yang tidak mampu
berkembang (jamad) dengan apa cara sekali pun. Berbanding dengan mani
yang sudah berada dalam rahim dan sudah mula berkembang untuk menjadi manusia.
Oleh kerana itu bolehlah disimpulkan bahawa pengguguran
kandungan yang belum mencapai umur empat bulan dalam rahim ibunya adalah
perbuatan haram tapa membezakan dalamm peringkat mana pun ia berada. Kecualilah
kalau ia dilakukan atas asas keperluan yang diiktiraf oleh Syarak. Dengan kata
lain, Faktor yang menentukan samada pengguguran itu harus atau tidak harus
hukumnya dilakukan ialah kesuburan benih berkenaan dan potensi nya untuk terus
berkembang.
Keperluan Yang diiktiraf Syarak
Sebelum persoalan ini dihurai lebih lanjut, elok sekali
disebut sekali lagi secara ringkas tentang dua peringkat umur kandungan dalam
rahim ibunya. Sepertimana telah disebut di atas, dua peringkat umur itu ialah
pertamanya sebelum bernyawa (nafkh al-Ruh) dan keduanya sesudah
bernyawa. Dalam dua keadaan ini kandungan berkenaan mempunyai status kewujudan
yang berbeza. Dalam keadaan pertama ia belum bersifat manusia. Sedangkan dalam
keadaan kedua ia sudah bersifat demikian. kata Ibn al-Qaiyim yang telah disebut
sebelum ini, dalam keadaan pertama kandungan tersebut bersifat seperti
tumbuhan, sedangkan dalam keadaan kedua ia sudah bersifat seperti manusia
biasa. (al-Tibyan:3/183). Maksudnya, nyawalah (al-Ruh) yang yang
memberI sifat “manusia” kepada kandungan berkenaan.
Perbezaan antara dua keadaan ini memberi kesan hukum kepada
kandungan berkenaan. Bagaimana pun dalam menilai kesan hukum berkenaan para
fuqaha terbahagi kepada dua golongan seperti berikut:-
Pertama: Bagi golongan ini, perbezaan tersebut
melibatkan persoalan prinsip perlindungan hukum yang diperolehi oleh
bayi berkenaan, iaitu samada kandungan berkenaan mendapat perlindungan hukum
atau sebaliknya. Hasilnya, oleh kerana sebelum ada nyawa kandungan berkenaan
belum lagi menjadi manusia ia tidak mendapat perlindungan hukum. Dengan kata
lain ia boleh digugurkan tanpa melibatkan hukum haram, sepertimana telah
disebut sebelum ini.
Kedua: Bagi golongan ini pula, persoalannya
bukan samada kandungan berkenaan mendapat perlindungan hukum atau tidak.
Sebaliknya, hukum apa yang melindungi nya pada waktu ia digugurkan itu. Ini
kerana pada pandangan golongan ini hukum yang melindungi kandungan ini sentiasa
berubah-ubah selaras dengan perkembangan umur kandungan itu sendiri. Maksud
nya, hukum berkenaan bermula dengan lebih ringan pada peringkat awal kandungan
itu berada dalam perut ibu berkenaan. Kemudian menjadi lebih berat dan serius
sampailah ke kemuncaknya apabila kandungi berkenaan mempunyai nyawa,
sepertimana telah juga disebut selama ini.
Pertentangan Antara Kepentingan Hidup Kandungan dan Ibu
Yang Mengandung.
Antara persoalan yang berbangkit di bawah prinsip “Keperluan
yang diiktiraf oleh Syarak” ini ialah apabila terdapat ancaman terhadap nyawa
ibu berkenaan. Keadaan ini boleh berlaku apabila terdapat tanda-tanda yang
sangat boleh dipercayai bahawa kewujudan kandungan tersebut dalam perut ibu
berkenaan boleh mengancam nyawa ibu itu. Apakah dalam waktu seperti itu
kandungan berkenaan boleh digugurkan?
Dalam menyelesaikan persoalan ini para fuqaha klasik lebih
cenderung memperincikan hukum berdasarkan peringkat umur kandungan berkenaan.
Berasaskan metod ini mereka membezakan hukum antara dua keadaan, iaitu sebelum
dan selepas kandungan itu mempunyai ruh, iaitu bernyawa. Untuk lebih lanjut
pandangan mereka itu boleh dihuraikan sepertimana di bawah.
Pertama: Sebelum mempunyai nyawa:
Seperti telah dihuraikan di atas, para ulama ada dua
pandangan mengnai pengguguran yang dilakukan pada peringkat ini. Pendapat
pertama menghalalkan pengguguran berkenaan, sementar pendapat satu lagi
sebaliknya mengharamkannya. Dalam keadaan terpaksa (al-Dharurah) sepertimana
disebut di atas, golongan pertama lebih-lebih lagi menghalalkannya. Sementara
golongan kedua pula nampaknya tidak keberatan untuk mengatakan ianya halal.
Kata Ibn Nujim, saya tidak berpendapat ia harus digugurkan tanpa syarat. Kerana
seorang yang sedang dalam keadaan Ihram apabila memecahkan telur binatang
buruan dia wajib bayar ganti rugi. Kerana telor adalah asas kelahiran binatang
buruan berkenaan. Samalah juga dengan perempuan berkenaan dalam maslah ini.
Walaupun dia tidak akan dikenakan apa-apa hukuman, tetapi dia berdosa kerana
melakukan pengguguran berkenaan tanpa apa-apa alasan yang sah.(al-Bahr
al-Ra’iq:3:217). Maksudnya pengguguran kerana terpaksa itu tidak menyebabkan
dosa.
Kata Ibn Wahban, menukilkan kata-kata Ibn Abidin, antara
alasan yang sah ialah air susu ibu itu akan menjadi kering apabila anak itu
dilahirkan dan ia ditakuti mati kerana bapa nya tidak mampu mengupah orang lain
menyusu.(Hawashi:3:215). Kata al-Syekh `Alaish, antara alasan yang sah dalam
persoalan ini ialah kandungan itu terhasil daripada perzinaan dan ia dikhuatiri
dibunuh apabila dilahirkan.(Fath al-`Ula:1/399)
Semuanya ini memberi erti bahawa pengguguran kerana terpaksa
sewqaktu kandungan itu belum bernyawa tidak dihalang oleh semua para fuqaha.
Kedua: Selepas Bernyawa:
Sepertimana telah disebut di atas, semua para fuqaha sepakat
mengharamkan pengguguran selepas kandungan berkenaan mempunyai nyawa.
Berasaskan kepada kata-kata mereka, jelas sekali pengharaman itu berlaku dalam
semua keadaan, termasuk dalam keadaan di mana terdapat ancaman terhadap nyawa
ibu. Kata Ibnu Nujuim, “Kalau anak yang dikandung itu sungsang dan mengancam
nyawa ibunya kalau tidak dikerat empat. Kalau anak itu mati dalam perut tidak
mengapa. Tetapi kalau ia masih hidup tidak harus. Kerana tidak pernah ada
kaedah dalam Syariat Islam yang membenarkan perbuatan menghidupkan seseorang
dengan cara mematikan orang lain.(Hasyiah Ibn Abidin:1/603). Kata Ibn `Abidin
mengulas,”Ia tidak boleh dipotong. Kerana kematian ibu belum tentu berlaku. Tidak
harus membunuh manusia yang hidup atas sebab yang tidak pasti (mauhum).(Hasyiah
Ibn `Abidin:1/603)
Ternyata, para fuqaha berkenaan dalam menentukan hukum tidak
harus melakukan pengguguran dalam keadaan tersebut menandaskan hukum berkenaan
atas dasar persamaan nilai antara anak dan ibu berkenaan. Bagi mereka,
kata-kata bahawa ibu berkenaan akan mati kalau anak itu terus berada di dalam
kandungan dan gagal dikeluarkan merupakan agakan semata-mata (mauhum). Sedangkan
seseorang manusia tidak boleh dibunuh atas sebab yang tidak pasti (mauhum).
Tentu sekali kenyataan bahawa anak dan ibu dalam keadaan
demikian mempunyai nilai yang sama merupakan sesuatu yang benar. Kerana,
selepas mempunyai nyawa anak berkenaan diberi perlindungan hukum yang jelas.
Perlindungan itu tidak akan hapus kecuali atas sebab-sebab yang diiktiraf oleh
Syarak.
Bagi para fuqaha berkenaan, sebab seperti itu tak munkin
diperolehi . Kerana kemajuan perubatan pada waktu itu belum mencapai tahap yang
mampu memberi keterangan yang jelas terhadap persoalan sedemikian. Kerana
itulah mereka memberi fatwa haram membunuh anak berkenaan atas sebab yang tidak
pasti, iaitu mengelak kematian ibu.
Sedangkan pada hari ini, bidang perubatan telah mencapai
tahap di mana kenyataan berkenaan boleh dibuktikan secara ilmiah. Adalah bukan
suatu andaian lagi bahawa keberadaan anak yang dikandung dalam keadaan seperti
itu merupakan ancaman terhadap nyawa ibunya. Kerana itu hakikat ilmiah ini
perlu diambil kira ketika menentukan hukum.
Imbangan Antara Maslahah dan Mafsadah
Dalam menilai persoalan seperti ini adalah baik sekali
neraca kebaikan (Maslahah) dan keburukan (Mafsadah) digunakan.
Kerana persoalan yang dihadapi ialah samada ibu atau anak yang perlu
diutamakan. Maksudnya, mana lebih baik dan mana lebih buruk keputusan yang akan
dibuat. Bagi tujuan tersebut teori Maslahah dan Mafsadah ini
perlu dihuraikan sepintas lalu.
Kaedah asas kepada teori ini ialah sabda Rasulullah s.a.w.
yantg bermaksud “Setiap kemudaratan itu perlu dihapuskan”. Kaedah ini kemudian
telah dikembangkan oleh para fuqaha dalam berbagai bentuk kaedah lain seperti
“Kemudaratan tidak boleh dihapuskan dengan kemudaratan yang sama”. “Kemudaratan
yang berat boleh dihapuskan dengan kemudaratan yang ringan” dan sebagai nya.
Kaedah ini juga telah dijadikan asas kepada kaedah “Memilih
yang paling kurang buruk nya”. Maksudnya, apabila ada dua keburukan yang
bertentangan antara satu sama lain, maka yang paling kurang buruknya akan
diutamakan.(Al-Asybah Wa al-Nazair:48) Kata al-`Izz Ibn Abd Salam mengulas kaedah
ini: “ Beliau –Rahimahu Llah- telah menentukan susun lapis maslahah dan mafsadah dan
telah menyatakan yang mana satu perlu diutamakan kalau terjadi pertentangan
antara satu sama lain.”(Qawa`id al-Ahkam:1:/98) .
Bagi beliau, hanya ada dua keadaan sahaja yang munkin
berlaku bila terdapat pertentangan antada maslahah dan mafsadah. Pertamanya:
Kedua-duanya boleh digabungkan bagi menghasilkan pencapaian maslahah dan
penolakan mafsadah. Keduanya: Dalam keadaan gabungan seperti itu
tidak dapat dilakukan maka salah satu daripada dua langkah berikut perlu
diambil. Satu: Merealisasikan mana yang lebih besar, samada menghasilkan maslahah atau
menolak mafsadah. Dua: Dalam keadaan kedua-duanya sama kuat, pilihan boleh
dibuat berasaskan keadaan semasa.
Semuanya ini bererti bahawa pengimbangan di antara maslahah dan mafsadah mampu
menghasilkan pencapaian maslahah yang lebih besar atau penolakan mafsadah yang
lebih besar. Begitu juga penggabungan antara keduanya boleh menghasilkan
penghindaran keburukan (mafsadah) yang lebih besar dengan cara
menangung keburukan yang lebih ringan.
Dalam masalah pertentangan maslahah dan mafsadah antara
ibu dan anak ini, iaitu kepentingan atau maslahah anak untuk mendapat
peluang terus hidup sampai lahir sebagai seorang bayi, dan keburukan atau mafsadah yang
terpaksa ditanggung oleh ibu kalau anak berkenaan diberi peluang terus hidup,
iaitu mati. Pengimbangan yang bijak perlu dilakukan supaya keserbasalahan ini
dapat diatasi dengan baik.
Bagi tujuan tersebut, dua situasi berikut perlu diambil
kira:
Pertama: Berlaku pertentangan kepentingan antara ibu
dan kandungan berkenaan dalam tempoh sebelum kandungan itu bernyawa. Dalam
keadaan seperti itu jelas sekali kepentingan kandungan berkenaan lebih rendah
berbanding kepentingan ibu yang mengandungnya. Kerana itu kepentingan kandungan
berkenaan perlu dikorbankan demi kepentingan ibu yang lebih besar itu.
Kedua: pertentangan seperti itu berlaku sesudah
kandungan berkenaan bernyawa, iaitu telah sempurna menjadi seorang manusia yang
hidup. Dalam keadaan seperti ini dua keadaan mungkin berlaku. Satu: Kandungan
berkenaan sudah mencapai umur yang memungkinkan ia mampu hidup di luar rahim,
iaitu telah mencapai umur enam bulan. Dalam keadaan seperti ini ia proses
melahirkan bayi sebelum matang boleh dilakukan agar kepentingan(maslahah) kedua-dua
ibu dan anak berkenaan terjaga. Dua: Kandungan itu melum mencapai peringkat
umur yang memungkinkan ia hidup di luar rahim. Maksud nya belum mencapai enam
bulan dalam kandungan. Dalam keadaan seperti itu ibu berkenaan tidak harus
terdedah kepada bahaya mati, dan nyawanya perlu diselamatkan meskipun dengan
mengurbankan kepentingan hidup kandungan berkenaan.
Fatwa Fatwa Yang Ada:
Di Malaysia, fatwa-fatwa yang berkait dengan pengguguran
kandungan ini telah dikeluarkan dari masa kesemasa, termasuk oleh oleh
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
Tentang pengguguran kerana terdapat ancaman terhadap nyawa
ibu, muzakarah tersebut memutuskan seperti berikut: (Muzakarah kali ke-90)
- Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga empat puluh hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri
- Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit dan boleh membahayakan nyawa ibu
- Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah keatas janin yang telah ditiup ruh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa atas sebab kecacatan yang teruk.
Selain itu muzakarah tersebut juga juga memutuskan hal-hal
berikut: (Muzakarah kali ke-90):-
- Rogol:
- Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh keatas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.
- Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu
- Zina:
Menggugurkan kandungan zina adalah haram dalam semua keadaan
kecuali mengekalkan kandungan akan memudaratkan nyawa ibu
- Orang Kurang Upaya:
- OKU (ujian akal di bawah paras 80) harus menggugurkan kandungan yang berusia kurang daripada 120 hari
- Haram menggugurkan kandungan yang berusia lebih daripada 120 kecuali jika memudaratkan nyawa ibu
Apa yang jelas daripada fatwa-fatwa yang diberikan, keharusan
pengguguran kandungan dalam usia lebih daripada 120 bergantung sepenuhnya
kepada soal ancaman terhadap keselamatan nyawa ibu. Semuanya ini berasaskan
kepada teori maslahah dan mafsadah di atas. Adapun pengguguran pada peringkat
sebelum itu maka ianya boleh dilakukan atas sebab-sebab lain juga, kerana
kewujudan kandungan berkenaan belum mencapai tahap yang diberikan perlindungan
sepenuhnya oleh Syarak.
Hukum Gugurkan Anak 7 Minggu
Assalamualaikum ustaz,
Saya ada satu masalah...harap mendapat penjelasan dari ustaz
Baru-baru ini saya telah menjalani d&c ...iaitu
mengugurkan kandungan...kandungan saya pada waktu itu berusia 7 minggu
Puncanya ialah, saya telah mendapat chicken pox pada 10 Dec
2006...dan pada waktu itu saya di sahkan TIDAK mengandung..maka Doctor yg
merawat chicken pox saya telah memberi 4 jenis ubat, 2 antibiotik (satu kuat
kandungannya dan satu lagi normal...mengikut istilah medical)...dan 2 ubat
gatal (1 utk siang dan satu utk mlm)...dan saya juga telah mendapat injection
utk mengurangkan gatal2 akibat chicken pox ini...dan menurut doktor ini jika
saya di dapati mengandung saya tiada pilihan melainkan mengugurkan kandungan
atas sebab-sebab keberangkalian bayi saya akan mengalami abnormalities spt
cacat anggota, tak cukup jantung...(cth yg di beri oleh doktor ini) dan
pada 28 Dec 2006, saya telah sekali lg membuat pregnancy test dan telah di
dapati mengandung dan usia kandungan saya ketika itu dlm linkungan 7
minggu....saya telah mendapatkan nasihat Doctor saya ketika itu (bukan
doctor yg sama yang merawat chicken pox saya)...dan menurut doktor tersebut saya boleh meneruskan kandungan saya...
doctor yg sama yang merawat chicken pox saya)...dan menurut doktor tersebut saya boleh meneruskan kandungan saya...
pada 29 Dec 2006, saya telah pergi mendapatkan third opinion
tentang kandungan saya dan doktor ini telah memberikan ulasan2 dari 2 sudut,
iaitu sudut religion dan sudut medication...mnenurut doktor ini ( Dr. Hj
A....),
ubat2 yg saya makan masa chicken pox kebarangkalian besar ada effect pada baby since salah satu ubat agak kuat, jd Dr . ini tidak dapat membuat keputusan utk saya samada adalah ok utk meneruskan kandungan atau terminate
kandungan tersebut....

saya benar2 dlm dilema , dan saya telah mendapatkan nasihat
dr ibu dan ibu mertua saya dan atas nasihat mereka dan atas dasar2 yg telah Dr.
Hj A...terangkan, saya dan suami mengambil keputusan utk mengugurkan kandungan
memandangkan usia kandungan baru 7 minggu dan keputusan saya tidak ditentang oleh Dr ......
memandangkan usia kandungan baru 7 minggu dan keputusan saya tidak ditentang oleh Dr ......
tetapi saya ingin mendapatkan penjelasan dan pendapat ustaz
adakah keputusan saya utk mengugurkan kandungan HARAM hukumnya....
saya silap sbb tak mengerjakan solat istikharah terlebih
dahulu dan saya berdoa agar ALLAH memngampun kan dosa saya atas apa yg telah
saya lakukan...
semoga saya ustaz dpt menolong saya
wasalam
JAWAPAN
Salam, Maaf, saya rahsiakan identiti pengirim,
tetaoi utk beri manfaat utk ahli di yahoo group saya, saya tujukan email kpd
group dan rahsiakan nama dan email pengirim. jawapan :
Saya bersimpati dengan apa yang berlaku, chickhen pox bagi org deasa memang
amat menyakitkan. Hukum gugurkan anak telah pernah saya tulis
dahulu, ia seperti berikut :_ HUKUM MENGGUGURKAN JANIN
Sebagai tambahan dan lebih faedah untuk pembaca disertakan
hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza :
1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas
2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati
tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya,
cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.
3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa
kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.
4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan
membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'
a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.
b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan
tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.
5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.
6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.
7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu
terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.
PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?
Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup
manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf
dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith
Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN
PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.
Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap
sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru,
penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh
Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : "Dan janganlah kamu membunuh nyawa
manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi
syarak)." (Surah Al-An'am : 151)
Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurkan
janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat
sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin,
ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian
Fuqaha' Mazhab Maliki.
Apa itu maruah? Apa pentingnya maruah? Bagimana menjaga
maruah?
Apa jadi kalau hidup tanpa maruah?
Itulah persoalan yang ingin di kupas
dalam tajuk ini. Selaku umat Islam kita mesti mempunyai maruah yang tersendiri
dan kita mesti mempertahankannya.
Maruah ialah nilai-nilai kebaikan atau kemulian diri atau
kehormatan diri ‘izzatunnafsi’
yang ada pada seseorang atau sesuatu kumpulan atau sesuatu bangsa. Maruah
itulah yang menentukan harga diri sesorang atau sesuatu bangsa itu. Tanpa
maruah, seseorang atau satu bangsa dikira sebagai tidak ada harga , tidak ada
kemuliaan dan tidak dihormati lagi. Ada tapi hakikatnya tidak ada. Hina dan
tidak dihormati lagi. Begitulah pentingnya maruah dan keran aitu setiap orang
sangat menjaga maruahnya.
Cuma soalnya, nilai ,aruah itu tidak sama antara seseorang dengan
seseorang yang lain. Tidak sama antara satu bangsa dengan satu bangsa yang
lain. Ia bergantung kepda satu-satu ketentuan yang dibuat oleh masing-masing
kelompok tentang apa itu maruah, mengikut apa yang ditunjangi oleh akidah
masing-masing. Ada yang menganggap bergaul bebas antara lelaki dan perempuan
itu menjatuhkan maruah, tapi ada pula yang mengatakan hal itu tidak
menghilangkan maruah. Begitulah seterusnya.
Umat Islam perlu tahu
apa itu maruah bagi diri seseorang islam. Supaya kita
dapat menjaga maruah diri dan agama kita, sama-sama menghormati, mempertahankan
dan memperjuangkannya. Oleh kerana maruah adalah nilai diri kita dan hidup mati
kita, kita mesti memiliki dan mempertahankannyahatta dengan darah mahupun nyawa
sekalipun. Maruah tidak boleh digadai. Demi menjaga maruah, darah dan nyawa
boleh menjadi tebusannya. Begitulah tingginya nilai maruah pada manusia.
Manusia sanggup buat apa sahaja demi memelihara dan mempertahankan maruah
dirinya, agam, bangsa dan lain-lain.
Maruah atau kemuliaan diri bagi umat islam ialah imannya.
Kedua, ke-islamannya, yakni hukum-hakam yang lima yang tertegak dalam dirinya samada
hukum wajib, sunat, makruh, haram atau harus. Yang termasuk maruah itu ialah
kehormatan anak isteri, harta dan negaranya. Ketiga ialah akhlak yang mulia
yang menghiasi diri seperti jujur, ikhlas, sabar, kasih sayang, pemurah,
berani, benar, tawaduk, berlapang dada, pemaaf dan lain-lain lagi. Demikianlah
tiga ciri penting tentang maruah seseorang islam.inilah harga diri seorang
islam. Inilah harga diri seseorang islam. Mulianya, terhormatnya dan agungnya
umat islam ialah apabila mereka mempunyai ketiga-tiga faktor ini. Iaitu
memiliki maruah diri.
Tanpa iman, islam dan akhlak, umat islam akan hilang
maruah yakni hilang kemulian, kehormatan dan keagungan diri. Mereka terhina,
tidak bahagia dan tidak dipedulikan. Ada, tapi macam tidak ada; ada yang tiadak
di ambil kira. Sebab itu seseorang islam yang tahu dan sedar akan hal ini akan
buat apa sahaja demi mendapatkan dan mempertahankan maruahnya selaku orang
islam. Maruah kan diperjuangkan sebagai hidup matinya. Tidak ada tolak ansur
dan jual beli dalam urusan memelihara maruah. Kalau maruahnya tercemar, dia
akan sanggup gadai darah dan nyawa demi mengembalikan kesuciannya. Dan kiranya
maruah terlucut daripada dirinya, dia akan rela mati sesudahnya. Begitulah
sikap muslim sejati, dirinya menjadi tebusan agamanya dan akhlaknya. Dan tidak ada
takut sebarang ugutan dalam mempertahankan agamanya itu. Dan dia juga tidak
boleh diumpan-umpan dengan apa sahaja tukaran pada maruah tadi. Wang ringgit,
jawatan atau wanita cantik terlalu kecil untuk di bandingkan dengan maruah
diri. Sebab itu tidak akan terkorban maruahnya sebagai orang Islam hanya kerana
di umpankan dengan wang, jawatan dan perempuan. Bahkan muslim sejati akan
sanggup mengorbankan wang, jawatan dan apa-apa juga hatta darah dan nyawa
sekalipun demi mempertahankan maruahnya. Dia berpegang teguh pada satu ingatan,
kata-kata sakti: hidup biar mulia, dan mati biar mati syahid. Dengan kata
lain ia mahu hidup dengan mempunyai maruah dan demi mempertahankan maruah dia
rela mati. Begitukah hal umat islam hari ini dalam soal menjaga maruah diri
selaku seoarang islam? Dengan mudah kita mendapat menjawab, tidak! Umat Islam
hari ini tidak begitu serius dalam membina maruah diri selaku seorang islam.
Pun tidak serius dalam menjaganya. Bahkan lebih dahsyat daripada itu, ada umat
yang rasa malu untuk menonjolkan diri sebagai seseorang Islam.
Malu untuk menjadi seorang yang benar-benar beriman,
mengamalkan hukum-hukum yang wajib dan sunat, dan malu untuk menjadi seorang
yang benar-benar beriman, mengamalkan hukum-hukum yang wajib dan sunat, dan
malu untuk berakhlak sebagai seorang islam. Mereka takut untuk di tuduh kolot,
ketinggalan zaman dan jumud, sekiranya mereka benar-benar mengamalkan Islam. Mereka
turut membenarkan fitnah-fitnah yang mengatakan, kalau ikut Islam seseorang itu
akan jadi jumud dan ketinggalan zaman. Mereka tidak yakin bahawa dengan
islamlah, umat Islam akan benar-benar menjadi maju dan berjaya di dunia dan
akhirat. Mereka tidak faham bahawa tamadun Islam yang Agung, yang telah pernah
mengemparkan dunia satu masa dulu adalah di bina atas dasar iman, islam dan
akhlak. Itulah yang di ajar oleh ALLAH dan Rasul. Dan itulah juga yang
dikatakan maruah tadi. Mereka tidak sedar bahawa umat Islam pada abad ke dua
puluh ini sebenarnya merempat dan terhina di bumi sendiri.
Hatta makanan yang di suapkan ke mulut pun bukan bikinan
sendiri, terpaksa menadah tangan pada hasil buatan orang kafir. Pakaian yang
digayakan sebagai ciri kemodenan itu pun diambil kilang orang lain, bukan dari
kilan umat islam. Bukan hasil kemajuan umat islam. Demikianlah juga halnya
dalam apa jua aspek hidup, umat islam. Umat islam bersandar pada ciptaan dan
hasil usaha bukan orang islam. Umat islam tidak ada maruah sendiri. Mana dia
kemajuan dan kemodenan yang dibanggakan itu hingga kerana itu tergamak
menggadai maruah agama; tergadai iman dan Islam? Jelas sekali, umat Islam hari
ini hanya inginkan pujian, pengaruh, pangkat, harta , wang ringgit wanita
cantik, telah menggadai maruah selaku uamt islam.
Mereka membelakangkan iman dan hukum-hukum ALLAH semata-mata
kerana memburu apa yang mereka istilahkan kemajuan tadi. Mereka kira dengan
cara itu mereka lebih mulia, terhormat dan terpuji. Mereka menjual sesuatu
yang mahal untuk membeli dunia yang tiada nilainya. Mereka lupakan ALLAH dan
Rasul kerana kepentingan nafsu dan syaitan. Alhasil, kemulian dan kebahagian
yang dicari makin hilang. Umat islam makin tidak di perdulikan oleh dunia,
malah tiada harga. Ada macam tidak ada. Yang ada tinggal nama, sedangkan
kemulain dan keagungan dan kegemilangan Islam dan umat islam telah terlucut
daripada manusia-manusia yang bernama Islam! Yang sebenarnya, untuk menjadi
bangsa yang benar-benar maju dan tamadun dan moden, kita mesti kembali kepada
indentiti dan maruah diri selaku umat Islam. Iman, islam dan akhlak yang
dikehendaki oleh Al-Quran dan sunnah mesti menjadi pakaian diri setiap kita.
Kerana disanalah kemulian,kehormatan dan kehebatan kita sebenarnya. Iman adalah
kekuatan ataun tenaga penggerak untuk menegakkan kemajuan dan tamadun islam.
Hukum-hukum ALLAH atau syariat itu sebagai perkara yang hendak di bangunkan
yang menjadi syiar kemulian,kehebatan serta ketinggian islam. Manakala akhlak
Islam itu adalahhiasan yang jadi penarik pada dunia betapa benar dan indahnya
islam itu. Harta dan negara adalah alat untuk mempertahankan maruah. Sebab itu
harta dan negara juga termasuk maruah yang mesti dipertahankan.
Begitulah secara ringkas, bagaimana maruah Islam itu akan
mengangkat umat Islam kemercu kegemilangan dan kecermelangannya. Sekarang, oleh
kerana maruah itu tidak ada, maka umat Islam ketiadaan tenaga kerja untuk
membina kemajuan dalam ertikata yang sebenarnya. Umat Islam tidak ada maruah
diri kerana mereka tidak faham Islam atau kalau pun faham tapi tidak mahu
melaksanakannya. Maka mereka tidak tahu apakah faktor-faktor yang mesti di
bangunkan. Dan kerana akhlak itu tidak menghiasi diri, maka tidak kelihatan apa
indahnya islam itu. Alhasil umat islam tidak di hormati lagi. Orang sudah tidak
malu dengan umat islam kerana mereka tidak punyai maruah dan tamadun sendiri.
Mereka hanya sibuk menolong dan membangunkan tamadun orang lain. Orang lain
dapat kemajuan, dapat tamadun, dapat tawan dunia, umat Islam dapat gaji hasil
buruh pada pada-pada tauke mereka.
Lihat, dunia kini dalam tawan yahudi. Segala system berjalan
atas dasar yang digariskan oleh musuh-musuh ALLAH itu. Umat islam sedang
menolong menjayakannya. Mereka dapat upah yang sangat di banggakan dan
merasakan itulah kemajuan dan maruah. Bilakah agaknya kehidupan dunia ini akan
berjalan di atas syariat Islam? Yang segala sistem itu berteraskan
Al-Quran dan sunnah? Yang umat Islam jadi tuan-tuan, tauke-tauke,
pengarah-pengarah yang menentukan dasar dan matlamat perjalanan system itu.
Dengan itu akhlak islam menjadi bunga ummah. Orang lain jadi buruh-buruh yang
berkerja untuk menjayakan perlembagaan ALLAH dan Rasul itu. Jawabnya,
apabila umat Islam mahu kembali kepada maruah diri-sendiri, dan mahu kembali
kepadapun dengan air mata darah dan nyawa. Sudah sanggup bangunkan sendiri cara
dan sistem Islam dalam kehidupan dan rela dikecam dengan segala tekanan dan
ancaman. Apabila umat Islam sudah jadi begitu, yakni kembali kepada maruah
diri, tunggulah, sejarah kegemilangannya akan berulang kembali. Apa yang telah di
capai oleh rasulullah, para sahabat dan seluruh salafus-soleh akan kembali semula
ketangan kita, insya-ALLAH. Sebab, kejayaan mereka sebenarnya adalah kerana mereka
ialah umat yang bermaruah tinggi dan sangat serius dalam mempertahankan maruah
umat Islam !!!
Pandangan ulama tentang orang yang meninggalkan solat
Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang
meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.
Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab
malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama
tentang hukumnya, iaitu:
- Orang itu tidak menjadi
kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa
bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia
enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh
dengan pedang.
Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf. - Orang itu menjadi kafir.
Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih. - Orang itu tidak menjadi
kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan
sehingga dia mengerjakan solat.
Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.
Sumber: http://soleh.net/2008/08/18/hukum-meninggalkan-solat/
Para ulama punya tafsiran yang berbeza mengenai haids-hadis
tersebut dengan mengaitkan sama ada perbuatan meninggalkan itu kerana menafikan
kewajipannya atau kerana kemalasan, kesibukan serta meringankan kepentingannya.
1) Jika seseorang itu meninggalkan solat kerana
menganggapnya tidak wajib, sepakat para ulama mengenai kakafirannya. Ini kerana
kewajipan solat adalah mutlak dan tsabit secara dharuri dalam nas
Al-Quran maupun Hadis. Menolak satu hukum yang dharuri kerana ingkar
ada kafir tanpa khilaf.
2) Sementara seseorang yang meninggalkan solat kerana malas,
sibuk atau meringan-ringankannya, maka para ulama punya perbezaan pandangan
mengenai hukumnya iaitu:
a) Imam Ahmad bin Hambal mengatakan dia adalah kafir dan
murtad dari Islam dan dihukum bunuh.
(Inilah fatwa para sahabat nabi dan generasi salafus soleh
ke atas orang yang meninggalkan solat dengan sengaja. Perihal mengkafirkan
orang yang meninggalkan solat telah masyhur di kalangan mereka dan tidak ada
kalangan sahabat yang menyalahinya.)
b) Imam Abu Hanifah berpandangan orang yang tidak solat
kerana malas hendaklah dipenjarakan sehingga dia kembali solat.
c) Pandangan dari Imam Syafie dan Malik pula, orang yang
meninggalkan solat tidak menjadi kafir tetapi hendaklah dihukum hudud bunuh
jika terus tidak meninggalkan solat.
Meneliti kepada perbezaan pandangan mengenai ornag yang
meninggalkan solat dengan sengaja kerana malas, meringan-ringankan
kewajipannya, jelas bahwa tiada pandangan ulama yang meremehkan orang yang
meninggalkan solat. Sekalipun ada pandangan yang tidka mengkafirkannya seperti
pandangan Abu hanifah, Malik dan Syafie, mereka menetapkannya sebagai
satu jenayah kesalahan sama ada ta'zir atau hudud dan pemerintah
punya tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang ke atas mereka.
Sekalipun jika mengambil pandangan yang mengatakan bahawa
meninggalkan solat itu tidak menjadi kafir tetapi hanya dosa besar (Sebagaimana
pandangan Abu Hanifah, Malik dan Syafie), perlulah dijelaskan prinsip mengenai
dosa. Sesuatu dosa itu adalah saling mempengaruhi. Dosa kecil jika dibuat
berterusan akan membawa kepada dosa besar. Dosa besar jika dilakukan
berterusan, ia akan membawa kepada kekafiran. Maka, seorang yang meninggalkan
solat secara sengaja untuk sekali sekala, itu mungkin boleh dikatakan berdosa
besar. Tetapi, jika berterusan meninggalkan solat, dosa besarnya telah
membawanya kepada kekafiran.
Imam Ibn Taimiyyah menyifatkan orang yang meninggalkan solat
itu tidak layak dijawab salamnya dan tidak perlu ditunaikan jemputannya.
Demikianlah seorang bapa tidak harus mengahwinkan anak perempuannya dengan
orang yang tidak solat kerana orang itu bukan seorang muslim dan bukan layak
untuk muslimah dan tidak boleh dipercayai untuk diserahkan anak perempuan dan
melahirkan zuriat-zuriat dengannya.
Sebagai kesimpulan, dapatlahlah dirumuskan bahawa:
1) Seorang yang meninggalkan solat kerana ingkar
kewajipannya, dia adalah kafir murtad secara sepakat di kalangan ulama.
2) Jika dia meninggalkan solat kerana malas, sibuk atau apa
sahaja alasannya dan perbuatan itu disengajakan, maka ada khilaf ulama
mengenainya kepada dua pandangan. Ada yang mengkafirkannnya sama seperti yang
meninggalkan kerana ingkar tadi. Ada pula yang menjatuhkan sebagai fasiq,
derhaka dan berdosa besar. Namun, pandangan kedua ini tidak meninggalkannya
tanpa sebarang tindakan. Dia perlu disuruh bertaubat dan kembali solat. Jika
tidak, hukuman menantinya sama ada dipenjara atau dibunuh.
Wahai orang yang meninggalkan solat!
Dengan jalan apa lagi kalian hendak melepaskan diri? Anda
tidak akan menemui pembela di kalangan ulama muktabar kaum muslimin. Jika anda
mati sebagai orang yang tidak solat, anda akan masuk neraka. Meninggalkan
solat adalah meruntuhkan agama kerana tiang agama itu adalah solat.
Para ulama’ bersepakat bahawa orang yang meninggalkan solat
dengan mengingkari kewajipannya, dia telah murtad dan kafir. Akan tetapi mereka
berselisih pendapat sama ada orang yang meninggalkan solat kerana malas telah
terkeluar daripada Islam atau masih Islam. Akan tetapi para ulama’ tetap
bersepakat meninggalkan solat adalah dosa yang besar. Imam asy-Syaukani
rahimahullah berkata bahawa tiada perbezaan pendapat di kalangan umat Islam
terhadap yang meninggalkan kerana mengingkari kewajipannya. Akan tetapi
apabilka meninggalkan solat kerana malas, dan masih meyakini solat lima waktu
wajib, maka di dalam hal ini terdapat perbezaan pendapat.[2] Terdapat tiga
pendapat ulama ke atas orang yang meninggalkan solat kerana malas.[3] Pendapat
pertama: Orang yang meninggalkan solat wajib dibunuh kerana telah murtad. Ini
merupakan pendapat Imam Ahmad, Sa’id bin Jubair, ‘Amir asy-Sya’bi, Ibrahim
an-Nakhai, Abu ‘Amr, al-Auzai’e, Ayyub al-Sakhtiyani, Abdullah Ibn al-Mubarak,
Ishak bin Rahawiah, Abdul Malik Bin Habib (ulama’ mazhab Malik), sebahagian
pendapat ulama’ mazhab Syafie. Di kalangan sahabat pula pendapat ini dipegang
oleh Umar al-Khattab, Muaz Bin Jabal, Abdurrahman Bin Auf dan lain-lain.
Pendapat kedua : Orang yang meninggalkan solat dibunuh dengan hukuman had, akan
tetapi tidak dihukum sebagai kafir. Ini merupakan pendapat Imam Malik, Imam
asy-Syafie, dan salah satu pendapat Imam Ahmad. Pendapat ketiga: Orang yang
meninggalkan solat kerana malas adalah fasiq (pelaku dosa besar) dan dia wajib
dipenjara sehingga dia mahu menunaikan solat. Ini merupakan pendapat mazhab
Hanafi.
Para Sahabat Berijma’ (Bersepakat), Meninggalkan Solat adalah
Kafir Umar radiallahu ‘anhu menyatakan: لاَ
إِسْلاَمَ لِمَنْ تَرَكَ الصَّلاَةَ
”Tidak ada Islam bagi orang yang meninggalkan solat.” Daripada jalan yang lain,
beliau berkata: ولاَحَظَّ فِي الاِسْلاَمِ لِمَنْ تَرَكَ الصَّلاَةَ “Tidak ada bahagian dalam Islam bagi orang
yang meninggalkan solat.”[8] Ketika Umar menyebutkan perkataan di atas,beliau
sedang menghadapi sakaratul maut, tiada seorang sahabat pun yang
mengingkarinya. Oleh kerana itu, hukum bahawa meninggalkan solat adalah kafir
termasuk ijma’ (kesepakatan) sahabat sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn
al-Qayyim dalam kitab As-Solah. Kebanyakan sahabat Nabi menganggap bahawa orang
yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah kafir sebagaimana dikatakan oleh
seorang tabi’in, Abdullah bin Syaqiq. Beliau menyatakan: كَانَ
أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ -صلى الله عليه وسلم- لاَ يَرَوْنَ شَيْئًا مِنَ الأَعْمَالِ
تَرْكُهُ كُفْرٌ غَيْرَ الصَّلاَةِ
“Dahulu para sahabat Muhammad sollallahu ‘alaihi wassalam tidak pernah melihat
suatu amal yang apabila ditinggalkan menyebabkan kafir kecuali solat.”[9]
Al-Imam Ibn al-Qayyim mengatakan, ”Tidakkah seseorang itu malu dengan
mengingkari pendapat bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir, padahal
hal ini telah disaksikan oleh Al Kitab (Al Qur’an), As Sunnah dan kesepakatan
sahabat. Wallahul Muwaffiq (Hanya Allah-lah yang dapat memberi taufik).”[10]
HUKUM BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA
Ulama’ telah berbeza pendapat tentang hukum mereka yang meninggalkan solat secara sengaja. Kita boleh bahagikan pendapat ulama’ ini kepada dua iaitu:
a) Golongan pertama berpendapat bahawa meninggalkan solat secara sengaja kerana malas atau lalai tanpa mengingkari akan kewajipannya maka mereka tergolong di dalam golongan yang fasik (melakukan dosa besar) tetapi tidak kafir. Bagi mereka yang meninggalkan solat secara sengaja dan menolak akan kewajipannya maka mereka adalah kafir yang mengeluarkan mereka dari agama Islam. Golongan ini berpendapat bahawa semua bentuk kesalahan di atas muka bumi ini masih boleh diampunkan oleh Allah 'Azza wa Jalla kecuali dosa syirik. Ini sebagaimana firman-Nya:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-hukum-Nya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. (al-Nisaa’ (4) :116)
Mereka juga berpendapat bahawa sesiapa sahaja yang tidak mengsyirikkan Allah Subhanahu wa Ta'ala (termasuk mereka yang lalai dalam solat) tetap layak untuk menerima syafaat Nabi shallahu 'alaihi wasallam di hari akhirat kelak. Hanya mereka yang masih Muslim sahaja yang boleh menerima syafaat baginda tersebut. Nabi shallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Bagi setiap Nabi ada doa yang dimakbulkan Tuhan. Maka semua Nabi itu bersegera mengajukan permohonannya. Tetapi saya menyimpan doa saya itu untuk memberi syafaat kepada umatku di hari kiamat. Dan ia akan mencapai insya-Allah orang yang mati tanpa mempersekutukan Allah dengan suatupun juga. (Hadis riwayat Imam Muslim no: 199)
b) Golongan kedua berpendapat mereka yang meninggalkan solat secara sengaja kerana malas atau lalai baik dia mengakui kewajipan solat atau tidak, kesemua mereka ini termasuk di dalam golongan yang kafir dan terkeluar dari agama Islam. Mereka ini hendaklah bertaubat serta mengucapkan dua kalimah syahadah semula. Dalil-dalil yang menyokong pendapat kedua ini adalah begitu banyak dan lebih khusus berbanding dengan dalil-dalil yang berbentuk umum yang diguna-pakai oleh golongan pertama. Ayat-ayat al-Qur’an dan Hadis-hadis Nabi shallahu 'alaihi wasallam yang sahih secara jelas menunjukkan bahawa ibadah solat adalah penentu keimanan seseorang. Meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan pelakunya gugur keimanannya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)? Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)? Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari? Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih? Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan? Bertanyalah kepada mereka: "Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang Islam?" Atau adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu (yang sefaham dengan mereka? Kalau ada) maka hendaklah mereka membawanya, jika betul mereka orang-orang yang benar. (Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya, Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat. (al-Qalam (68) : 35-43)
Allah Subhanahu wa Ta'ala memulakan ayat ini dengan menyanggah mereka yang menyamakan taraf hamba-hamba-Nya yang taat kepada perintah-Nya dengan mereka yang ingkar atau kafir. Kemudian Allah Subhanahu wa Ta'ala menggambarkan kedaan huru-hara ketika di alam akhirat dan Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan hamba-hamba-Nya supaya sujud menyembah-Nya. Namun bagi mereka yang dahulunya di dunia tidak bersujud (bersolat) kepada Allah secara sengaja tanpa uzur, mereka tidak mampu untuk bersujud kepada-Nya berserta orang-orang Islam yang lain. Ini menunjukkan, bahawa mereka itu termasuk golongan orang-orang kafir dan munafik yang mana ketika semua umat Islam bersujud kepada Allah 'Azza wa Jalla namun mereka enggan kerana tidak mampu. Andaikata mereka masih termasuk di kalangan orang-orang Islam tentu mereka mampu bersujud kepada-Nya di alam akhirat kelak. Beginilah hinanya mereka yang tidak mengerjakan solat ketika kehidupan mereka di dunia ini. Allah Subhanahu wa Ta'ala menghinakan mereka malah menyingkirkan mereka dari barisan orang-orang Islam.
Allah Subhanahu wa Ta'ala juga menyamakan mereka yang tidak bersolat dengan golongan Kufur Takzib iaitu mereka yang mendustakan ajaran yang di bawa oleh Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam. Kufur Takzib ini adalah termasuk di dalam kategori Kafir Akbar iaitu satu bentuk kekafiran yang boleh menyebabkan pelakunya kekal di dalam neraka selama-lamanya. Firman-Nya:
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan dia tidak mengerjakan solat (yang difardhukan mengerjakannya)! Akan tetapi dia mendustakan, dan berpaling ingkar! (al-Qiyaamah (75) : 31-32)

Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah solat", mereka enggan mengerjakannya. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)! (al-Mursalaat (77) : 48-49)
Mereka yang tidak bersolat bukan sahaja dianggap sebagai tidak beriman dengan perintah Allah 'Azza wa Jalla malah mereka juga adalah termasuk di kalangan golongan Kafir iba’ wal Istikbar (keengganan dan kesombongan) yang juga sebahagian dari jenis-jenis Kafir Akbar. Ini adalah kerana mereka yang sengaja meninggalkan solat bukannya tidak mengetahui akan kerfardhuannya dan azab yang bakal mereka hadapi sekiranya enggan mengerjakannya, namun mereka tetap ingkar disebabkan kesombongan yang wujud di dalam jiwa mereka. Sikap ini adalah sakan-akan dengan kelakuan Iblis ketika Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkannya untuk sujud kepada Nabi Adam ‘alaihi al-Salam. Iblis tidak menafikan ketuhanan Allah 'Azza wa Jalla namun di sebabkan kesombongannya yang menganggap dirinya lebih mulia dari Nabi Adam ‘alaihi al-Salam maka Iblis ingkar kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Hubungan antara mereka yang meninggalkan solat dengan Kafir iba’ wal Istikbar adalah sebagaimana firman-Nya:
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. (al-Sajda (32) : 15)
Oleh itu bagi mereka yang enggan bersujud (bersolat) kepada Allah 'Azza wa Jalla maka keimanannya telah lenyap dan terpalitlah sifat sombong serta takbur kepada Allah 'Azza wa Jalla.
Ancaman tentang kafirnya mereka yang meninggalkan solat secara sengaja ini juga pernah disuarakan oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sebagaimana sabdanya:
Perjanjian di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah solat, dan barangsiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi no: 2545)
Dan sabdanya lagi :
Sesungguhnya yang memisahkan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat. (Hadis riwayat Imam Muslim no: 82)
Jelas kedua hadis di atas menunjukkan bahawa mereka yang meninggalkan solat telah kafir atau gugur keimanannya. Di akhirat kelak mereka akan diletakkan bersama dengan Qarun, Haman, Fir’aun dan Ubai bin Khalf laknatullah yang kafir. Ini sebagaimana diperjelaskan di dalam hadis berikut ini.
Dari Nabi shallahu 'alaihi wasallam bahawa pada suatu hari baginda memperingatkan tentang solat maka baginda bersabda: “Barangsiapa yang memeliharanya (yakni solat), maka dia akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang tidak mengendahkannya (yakni solat), maka dia tidak akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalf.” (Hadis riwayat Imam Ahmad no: 6288)
Apa kaitannya Qarun, Haman, Fir’aun dan Ubai bin Khalf dengan mereka yang meninggalkan solat? Kebiasaannya mereka yang meninggalkan solat terdiri dari mereka yang terlalu sibuk menguruskan harta, kerajaan, kekuasaan dan perniagaannya. Maka menurut Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah:
Maka orang yang bimbang dengan harta, dia akan senasib dengan Qarun, dan yang sibuk menguruskan kerajaan, dia akan bersama Haman dan sesiapa yang terperdaya oleh kebesaran dan urusan pemerintahan dia akan ditemankan oleh Fir’aun, sedangkan orang yang bimbang menguruskan perniagaan maka dia akan berada bersama Ubai bin Khalf. (Syaikh Sayyid Sabiq Fikih Sunnah (edisi Terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 1,ms. 198)
Tambahan lagi para sahabat radhiallahu 'anhum telah berpendapat bahawa perbuatan meninggalkan solat boleh menjerumuskan seseorang itu kepada kekafiran. Dari ‘Abdullah bin Syaqiq al-Uqaili, dia berkata:
Tidak ada satu amalanpun yang dipandang oleh para sahabat Muhammad shallahu 'alaihi wasallam bahawa meninggalkannya dapat menjatuhkan kepada kekafiran kecuali solat. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi no: 2546)
Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh juga pernah berkata: “Tidak beragama Islam bagi orang yang meninggalkan solat.” (Riwayat Imam Ibnu Syaibah dalam al-Iman: 34, dinukil dari kitab Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’ Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah : Bab Ibadah, (edisi Terjemahan oleh Furqan Syuhada, Qosdi Ridwanullah dan Irwan Raihan, Pustaka Arafah, Solo, 2002) ms. 322. Selepas ini buku ini akan disebut sebagai “Majmu’ Fatawa : Bab Ibadah”.)
Sekianlah perbahasan para ulama’ tentang hukum meninggalkan solat. Apa pun jua para ulama’ telah sepakat bahawa meninggalkan solat merupakan satu bentuk dosa yang besar dan diancam siksa yang amat perit oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Penulis lebih cenderung dengan pendapat golongan kedua kerana dalil-dalil yang mereka gunakan adalah lebih khusus berbanding dengan pendapat golongan yang pertama. Penulis juga tertanya-tanya adakah layak bagi mereka yang meninggalkan solat secara terus-menerus secara sengaja masih termasuk di dalam kelompok golongan yang beriman bahawa solat itu disyari’atkan? Secara logiknya tak mungkin bagi mereka yang benar-benar yakin bahawa solat lima waktu itu difardhukan oleh Allah 'Azza wa Jalla dan mereka yakin bahawa meninggalkan solat itu termasuk dosa yang besar serta diancam dengan azab yang perit tetapi di masa yang sama masih tetap melalaikannya secara terus-menerus. Menurut Ibnu Qayyim rahimahullah:
Tidak mungkin orang yang terus-menerus meninggalkannya (yakni solat) itu meyakini (beriman) akan kewajipannya. Kerana keimanan itu memerintahkannya untuk melaksanakannya. Maka jika di hatinya tidak terdetik keinginan untuk melaksanakannya tentulah tidak ada sedikitpun iman di hatinya. (Dinukil dari kitab Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’ Fatawa : Bab Ibadah, ms. 322)
HUKUMAN BUNUH TERHADAP MEREKA YANG TIDAK BERSOLAT
Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah:
Barangsiapa yang meninggalkan solat wajib sementara dia Muslim, maka dia harus ditanya: “Mengapa kamu tidak bersolat?” Kalau dia menjawab: “Saya terlupa.” Maka katakanlah: “Solatlah ketika engkau ketika telah ingat.” Jika dia menjawab: “Kerana saya sakit.” Maka katakanlah kepadanya: “Solatlah semampumu; berdiri, duduk atau berbaring atau dengan isyarat.” Apabila dia menjawab: “Saya mampu untuk bersolat, tetapi saya tidak solat dan saya akui solat itu wajib hukumnya.” Maka katakanlah kepadanya: “Solat itu adalah amal yang tidak boleh diwakilkan kepada yang lain. Ia wajib dikerjakan oleh kamu oleh itu bertaubatlah! Jika tidak kami akan membunuhmu.” (Dinukil dari kitab Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi’i Rahimahullah Ta’ala, karya Dr. Muhammad A.W. al-Aqil (edisi terjemahan oleh H. Nabhani Idris, Pustaka Imam Asy-Syafi’i, Bogor, 2002) ms. 170)
Demikianlah pendapat Imam al-Syafi’i yang juga merupakan pendapat majoriti ahli fiqh seperti Imam Malik, Imam Ahmad, Ibnu Baththah, Sa’id bin Jubair, ‘Amir al-Sya’bi, Ibrahim al-Nakha’i, Abu ‘Amr al-Auza’i, Ayyub al-Sakhtiyani, ‘Abdullah bin al-Mubarak, Ishaq bin Rahawaih, ‘Abdul Malik bin Hubaib, Ibnu Qudamah dan Ibnu Hazm rahimahumullah.
Namun begitu hukuman bunuh ini hanya boleh dilaksanakan oleh penguasa Muslim yang sah di sesebuah negara melalui proses kehakiman. Beginilah seriusnya hukum terhadap mereka yang meninggalkan solat secara sengaja.

Qada' Solat dalam syari'at Islam
1. Dalam menerangkan bab ini, Rasulullah saw tidak
menjelaskan istilah qada’ secara langsung namun suruhan terhadap
maksudnya (Dan bagi Solat Qada' maknanya ialah Solat fardu seseorang yang tidak
mampu dia bersolat pada masa yang ditentukan untuknya) dituntut oleh baginda berdasarkan
sabda Rasulullah saw:
مَن نسي صلاةً أو نام عنها فكفارتها أن يصليها إذا ذكرها
"Barang siapa yang terlupa solat atau tidur dan
terlepasnya, kafarahnya ialah bersolatlah sebaik sahaja dia ingat" -
[Hadith riwayat Muslim #684].
Ini bermakna istilah qada’ ini tetap mempunyai erti dalam
syari’at Islam.
2. Didalam Islam, terdapat perkara-perkara yang dima'afkan
oleh Allah swt yang disebabkan perkara diluar kawalan, seperti lupa atau
tertidur, lantas menyebabkan seseorang itu tertinggal melakukan kewajipannya.
Sabda Rasulullah saw :
إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ
"Sesungguhnya Allah mengampunkan Umatku mengenai
kesalahan dan kelupaan, dan apa yang mereka dipaksa melakukannya" -
[Hadith riwayat Ibn Majah #2043, disahihkan oleh al-Albani didalam Sahih Ibn
Majah #1662].
Begitu juga halnya dengan ibadat Solat dimana solat yang tertinggal disebabkan tidur atau pun terlupa hendaklah dilakukan sebaik sahaja bangun atau teringat tanpa sebarang kifarat yang lain. Hadith dari Anas ibn Malik ra berkata : Nabi saw bersabda :-

Dari Abu Qatadah ra berkata: Nabi saw bersada:-
“Sesungguhnya bukanlah tertidur itu mangabaikan , hanya
dikatakan mengabaikan ialah orang yang tidak mengerjakan solat sehingga
tiba waktu solat yang lain. Barangsiapa yang ketiduran , hendaklah dia
solat sebaik sahaja dia bangkit, lain kali hendaklah dia solat pada
waktunya yang tepat (Agar tiap-tiap orang berhati-hati jangan sampai
ketiduran hingga terlepas waktu solat).” – [ Hadith riwayat Muslim #426]
Scenario ini juga merujuk kepada waktu solat bagi seseorang
yang tidur atau terlupa jatuh telah berlalu, lalu dia segera menunaikannya,
maka solat tadi dikategorikan oleh sepakat ulama' sebagai Solat Qada'. Menurut
Dr Wahbah Al-Zuhaily, definasi Qada' ialah "melakukan sesuatu amalan yang
diwajibkan selepas dari waktunya". Dr Al-Syarabaasi pula mendefinasi Solat
Qada' sebagai :
وأما فضاء الصلاة فمعناه أن يصلي الإنسان الفرض الذي لم يستطع أن يصليه في موعده المحدد له؛
"Dan bagi Solat Qada' maknanya ialah Solat fardu seseorang yang tidak mampu dia bersolat pada masa yang ditentukan untuknya" "-[Yaaluunak 1/46]
Maka Niat Solat pada masa itu dianggap sebagai Qada' dan bukan Tunai. Cuma menurut ulama' tersebut Qada' solat orang yang tertidur dan lupa tidak dianggap sebagai dosa. Menurut bekas Mufti Mesir, Dr Nasr Farid Wassel :-
اتَّفقَ العلماء على أن قضاء الصلاة الفائِتة واجب على الناسي والنائم عنها لقول الرسول صلى الله عليه وسلم: "إذا نسِيَ أحدٌ صلاةً أو نام عنها فلْيَقضِها إذا ذكَرها " لأنه يكون آثِمًا بترْك الصلاة والقضاء عليه واجب ، وهذا هو مذهب جمهور العلماء، ويَجب عليه كذلك الاستغفار والتوبة وكثْرة صلاة التطوُّع.
"Sepakat ulama' bersetuju mengenai hukum Qada' Solat wajib keatas LUPA dan TIDOR sebagaimana hadith Nabi saw : (Apabila terlupa seseorang didalam solat atau tidur, maka lakukan solat segera apabila ingatnya) kerana sesungguhnya adalah berdosa meninggalkan solat dalam Qada' keatasnya wajib, Ini adalah mazhab jumhur ulama', dan wajib keatasnya memohon keampunan dari Allah dan bertaubat dan memperbanyakkan solat sunat"
3. Ulama' melihat alasan tidur dan lupa merupakan alasan yang syarie dan bukanlah alasan-alasan lain seperti sibuk, malas, tidak sampai seru, tidak ada masa dan sebagainya.
Namun bagi mereka yang meninggalkannya dengan sengaja, maka
perbuatan mereka itu dikira berdosa dan hendaklah mereka bertaubat
dengan taubat nasuha. Dalam menetapkan hukum bagi permasalahan ini, wujudnya
khilaf (perbezaan) pada pendapat di kalangan para ulama’ dan fuqaha’.
Menurut sebahagian ulama' seperti Ibn Taimiyah rh. tidak
boleh dilakukan qada' keatasnya melainkan bertaubat dan melakukan banyak solat
sunnat:
"Hukum qadha solat yg luput dgn sengaja
adalah batil dan bid'ah dhalalah. Ini pendapat kaum Zahiri (Daud dan Ibn Hazm),
Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, Salafiyah Saudi Arabia dan Imam Syawkani. Dalil: S.
Maryam: 59-60; al Ma'uun: 4-5 dan Talaq: 1. Dalil-dalil hadis semuanya
mengisyaratkan Qadha hanya bila berlaku illat lupa atau tertidur sahaja.
Menurut fatwa bernombor 4476 yang dikeluarkan oleh al-Lajnah
al-Daa’imah bahawa :
"Barangsiapa yang meninggalkan satu atau banyak solat
tanpa sebarang keuzuran hendaklah BERTAUBAT kepada Allah swt dengan secara
ikhlas dan tidaklah mengqada'nya dan tidak ada kafaarah keatasnya, kerana
sesungguhnya meninggalkan solat fardu secara sengaja adalah kufur yang besar,
sebagaimana sabda Nabi saw : 'Batas perjanjian antara kami dengan mereka adalah
solat, barangsiapa meninggalkannya telah kufur ia'. Dikeluarkan oleh Ahmad
(22428), Tirmudzi (2621), Al-Nassaai (462) dan bersabda Nabi saw lagi : 'Antara
seorang lelaki yang syirik dan kufur, adalah meninggalkan solat' - diriwayatkan
oleh Imam Muslim (242), dan tidak ada KAFAARAH keatasnya melainkan
BERTAUBAT" - (Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 6/50)
Pendapat Jumhur fuqaha' (empat madzhab besar) pula menetapkan adanya hukum qadha bagi solat yg luput dgn sengaja. Cara menetapkan hukum qadha ini dgn QIAS. Jika solat yg luput dgn sebab tertidur dan lupa diwajihkan qadha, maka apatah lagi jika ditinggalkan dgn sengaja bertambahlah wajibnya. Manakah pendapat yg lebih kuat atau rajih?

4. Qada’ solat yang tertinggal boleh dilakukan pada
bila-bila masa sekalipun pada waktu haram.
Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat
sunat yang mempunyai sebab terkemudian, adapun solat fardu tidak ditegah dari
melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu
waktu solat subuh. (Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).
Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah,
al-Malikiyyah dan al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang
ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.
Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha
dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang
tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan
ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila
sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).
Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan
pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan
pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar. Ini kerana wajib
itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib
itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang
tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya.
Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas
bahunya.
Pendapat yang disenaraikan di atas merupakan pendapar-pendapat
yang diambil oleh para ulama’ dan fuqaha’ yang alim dalim bidang ini. Namun
sebagai manusia mereka masih tidak terlepas dari membuat kesilapan yang mana
pendapat-pendapat mereka boleh jadi benar dan boleh jadi salah. Kita
sebagai golongan yang berkehendak sebagai Ulul Albab, pilihlah pendapat dengan
dalil yang jelas dan mampu kita yakini (kerna yakin itu syarat sah) dan
tolaklah dengan berhikmah pendapat yang kurang kita yakini. Dalam nas-nas
al-Quran dan Sunnah, juga suri teladan yang ditunjukkan oleh golongan
salafussaleh, kita semua disuruh menghormati para ulama dan golongan yang soleh
dalam kalangan umat ini. Mereka yang kita kasihi itu ialah insan-insan yang
berjasa dalam mempertahankan Islam dan menyebarkan dakwahnya.
Amaran
Mengabaikan Solat
AMARAN MENGABAIKAN SOLAT
Pengertian solat dalam bahasa arab ialah doa memohon kebajian dan pujian. Para ulama sepakat bahawa meninggalkan solat fardu dengan sengaja adalah dosa besar. Dosanya lebih besar daripada merompak, mencuri, minum arak, berzina, bahkan lebih besar daripada dosa membunuh orang. orang yang meninggalkan solat dengan sengaja akan sengsara di dunia, mendapat murka Allah dan akan diazab dengan pedih di akhirat kelak. ada para ulama berpendapat bahawa hukuman meninggalkan solat mesti dibunuh atau tidak. Antara ulama yang mengatakan wajibnya dibunuh orang yang meninggalkan solat dengan sengaja termasuklah Imam Syafii, Sufyan bin Sa’id, Abu Amr Al-Auza’iy, Abdullah bin Al-Mubarak, Hammad bin Yazid, Waki’ bin Jarrah, Malik bin Anas, Ahmad bin Hambal dan Ishak bin Rahwiyah. Ulama-ulama yang disebutkan tadi berlainan pendapatnya tentang cara membunuhnya. Kebanyakan mereka berpendapat dibunuh dengan pedang, yakni dipancung lehernya. Sebahagian pengikut Syafii mengatakan dipukul dengan kayu sampai dia mahu mengerjakan solat atau sampai dia mati. Menurut Ibnu Syuraih dicucuk dengan pedang sehingga mati kerana yang demikian itu lebih besar kemungkinan dia mahu bertaubat. Ulama yang mengatakan dibunuh dengan pedang atau dipancung mengambil dalil dari hadis yang mengatakan;
‘Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat baik dalam segala hal, oleh itu apabila kamu membunuh, maka baikkanlah cara membunuhnya. ’
Membunuh dengan cara pancung adalah sistem yang paling baik
dan segera mati. Cara membunuh orang yang murtad pun dengan cara pancung, bukan
dicucuk, Sedangkan orang yang berzina direjam dengan cara melemparinya dengan
batu tujuannya supaya seluruh tubuhnya menikmati kelazatan ketika dia melakukan
zina itu. Selain itu, pembunuhan seperti itu dianggap yang paling menghinakan.
naluri melakukan zina merupakan dorongan yang paling kuat dibandingkan dengan
keinginan untuk melakukan jenayah lainnya. Itulah sebabnya hukumannya dianggap
sebagai yang paling berat. Atau mungkin mengingatkan kita terhadap hukuman yang
diberikan Allah terhadap kaum Lut. Kaum Nabi Lut yang mengerjakan zina juga
direjam dengan batu. Ulama yang mengatakan tidak dibunuh ialah Ibnu Syihab,
Al-Zuhri, Sa’id bin Al-Musayyab, Umar bin Abdul Aziz, Abu Hanifah, Daub bin Ali
dan Al-Muzaniy. Menurut mereka orang yang meninggalkan solat dengan sengaja
dikurung sehingga mereka bertaubat atau mati sendiri. mereka berpendapat
sedemikian berdasarkan hadis;
‘aku disuruh membunuh manusia sehingga mereka mengatakan Lailaha Illahllah. kalau mereka sudah mengucapkan yang demikian, selamatlah mereka daripadaku, yakni harta mereka dan darah mereka, kecuali dengan haknya[ada sebab lain yang membolehkan mereka dibunuh]’

Dari Ibnu Mas’ud, katanya Rasulullah SAW bersabda;
‘Tidak halal darah seseorang muslim[tidak boleh dibunuh]yang mana ia telah mengakui bahawa tidak tuhan melainkan Allah dan bahawa saya adalah rasul Allah kecuali dikeranakan tiga sebab, iaitu orang yang berzina sedangkan dia sudah berkahwin, orang yang membunuh orang, orang yg murtad atau meninggalkan jemaah Islam’

Menurut mereka, orang yang meninggalkan solat tidak dibunuh
kerana solat itu termasuk syariat amaliah[bukan masalah akidah]. Jika tidak
dibunuh sebagaimana juga tidak dibunuh orang yang meninggalkan puasa, zakat dan
haji.
Orang-orang yang mengatakan wajibnya dibunuh orng yang meninggalkan solat berdasarkan firman Allah SWT;
“Maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah di tempat pengintaian. Jika mereka bertaubat dan mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. ”
Kelompok yang mengatakan tidak wajib membunuh orang yang meninggalkan solat mengatakan orang yang bertaubat dari kemusyrikannya tidak boleh dibunuh lagi sekalipun dia tidak mengerjakan solat dan membayar zakat. Tapi ini bertentangan dengan zahir nas Quran.
Dari Abu Hurairahkatanya Rasulullah SAW bersabda “Aku
disuruh memerangi manusia sehingga mereka mengakui bahawa tiada tuhan melainkan
Allah dan Muhammad utusan Allah dan juga sehingga mengerjakan solat dan
membayar zakat. Kalau sudah sedemikian haramlah kepadaku darah dan harta mereka
dan Allahlah yang yang menghisab mereka. ”
Rasulullah telah mengatakan bahawa beliau disuruh membunuh mereka sehingga mereka mengerjakan solat. Dari situ kita mengambil kesimpulan bahawa mereka tidak boleh dibunuh kalau sudah mengucap dua kalimah syahadat serta menunaikan solat dan zakat. Bererti orang yang tanpa demikian boleh dibunuh. Orang yang meninggalkan solat, sekalipun dia tidak sampai kafir, tetapi dia sudah meninggalkan tiang agama, Padahal Iman Ahmad sendiri ada mengatakan “Ada disebutkan dalam hadis bahawa orang yang meninggalkan solat tidak ada bahagiannya dalam Islam. ”Imam Ahmad juga mengatakan; “Menurut hadis Nabi solat merupakan tiang agama. Tidakkah anda tahu jika tiang khemah path atau tumbang akan robohlahlah khemahnya?Begitulah keadaan agama dan solat seseorang. Ada juga hadis mengatakan bahawa amal seseorang yang pertama sekali disoal di hari akhirat kelak adalah ibadah solatnya. Jika ibadah solatnya diterima, maka diterimalah ibadahnya yang lain. Jika ibadah solatnya tidak diterima, maka tidak diterimalah ibadah-ibadahnya yang lain. ”Solat merupakan yang awal dan akhir dalam Islam. Segala sesuatu yang hilang awal dan akhirnya bererti hilang semuanya. Jika sudah hilang solat seseorang bererti kosong agamanya.

Sebagaimana khilaf ulama tentang dibunuh atau tidaknya orang
yang meninggalkan solat, begitu juga timbul pencegahan pendapat sama ada
disuruh bertaubat terlebih dahulu atau tidak. menurut pendapat yang paling
masyur disuruh bertaubat terlebih dahulu. Yang berpendapat seperti ini termasuk
Imam Syafii, Ahmad dan salah satu qaul mahzab Malik. Menurut sebahagian mereka
[pengikut Malik] tidak perlu disuruh bertaubattetapi terus saja dijatuhkan
hukuman bunuh. Alasan mereka kerana hukuman itu merupakan hokum hudud yang
tidak lepas dari hukuman sekalipun orangnya sudah bertaubat, seperti hukuman
berzina dan mencuri. Jadi hukuman hudud sabit disebabkan meninggalkan solat dan
tidak gugur dengan sebab taubat, yakni kalau kesnya sudah sampai ke Mahkamah.
Demikian menurut pendapat yang mengatakan orangnya dibunuh sebagai hukuman
hudud. Sedangkan bagi kelompok yangmengatakan dibunuh kerana orang yang
meninggalkan solat itu sudah dianggap kafir, perlu disuruh bertaubat. Ini sama
dengan orang yang murtad, jika dia kembali masuk Islam, maka gugurlah hukum
bunuh. Para ulama sependapat bahawa taubat orang murtad, tidak membayar zakat
dan sebagainya akan sentiasa diterima Allah berdasarkan firman-Nya.
“Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu jika mereka berhenti dari kekafiran nescaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu. ”surah Al-Anfal ayat 38.
“Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu jika mereka berhenti dari kekafiran nescaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu. ”surah Al-Anfal ayat 38.
Riwayat Mu’az bin Jabal, katanya Rasulullah SAW ada
bersabda:
“Sesiapa yang meninggalkan solat fardu dengan sengaja, maka sesungguhnya lepaslah daripadanya tanggungan Allah. ”[H. R. Ahmad dalam Musnadnya]
Ini memang jelas kerana jika seseorang disuruh mengerjakan solat masih pada waktunya, lalu dia mengatakan tidak mahu solat padahal tidak ada uzur baginya, maka zahirlah keengganan pada waktu yang berlanjutan. Dalam keadaan seperti itu bolehlah membunuhnya.

Orang yang meninggalkan solat keseluruhannya bererti
amalannya yang lain tidak diterima, sebagaimana tidak diterima amalan orang
syirik. Solat merupakan tiang agama. Jika sesebuah bangunan tidak ada tiangnya
tentu dinding, atap dan yang lain tidak ada fungsinya. Terima atau tidak segala
jenis amalan ditentukan oleh solat. Bagi yang orang yang meninggalkan satu-satu
waktu maka ada hadis yang mengatakan;
“Segerakanlah mengerjakan solat Asar. Orang yang meninggalkan solat Asar bererti telah hapus amalnya”[H. R. . Bukhari]
Bermacam-macam pendapat mengenai hadis ini. Al-Mulhib berkata yang bermaksud orang yang meninggalkan solat Asar kerana mengangap ringan fadilat waktunya. Padahal dia sanggup mengerjakannya, bererti hapus amalannyapada solat Asar itu. Amalnya tidak diangkat oleh malaikat yang naik pada waktu Asar itu. Bererti bukan maksudnya hilang amal-amal yang dia sudah kerjakan sebelumnya. Ada juga yang mengatakan sesiapa yang meninggalkan solat Asar akan hapus segala amalannya pada hari berkenaan.

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda;
“Orang yang tidak dapat mengerjakan solat Asar seperti orang yang kehilangan keluarga dan hartanya.
Ini sebagai perbandingan hilangnya amalnya disebabkan meninggalkan solat Asar. Seolah-olah Rasulullah SAW menyerupakan amal-amal itu dengan harta dan keluarga. Orang yang meninggalkan solat Asar samalah seperti orang yang mempunyai harta dan keluarga kemudian dia pergi keluar meninggalkannya, Setelah dia pulang didapatinya semua keluarganya sudah mati dan hartanya sudah hangus atau hilang.

Orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja disebabkan
tertidur atau lupa seperti mengerjakan solat zuhur dan asar pada waktu malam
dan begitulah sebaliknya. . Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah SAW
bersabda:
“Sesiapa yang tidak mengerjakan solat kerana tertidur atau lupa, maka kifaratnya cukup dengan mengerjakannya apabila mengingatnya. [H. R. Muslim]
Dari Abu Hurairah, beliau berkata pada satu ketika Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya terpaksa menempuh kegelapan malam ketika pulang dari peperangan Khaibar. Tatkala Rasulullah SAWmerasa mengantuk, beliau berkata kepada Bilal “Malam sudah larut dan kita sudah pun sudah mengantuk. ”Rasulullah SAW bersama para sahabatnya tidur sementara Bilal masih mengambil kesempatan untuk mengerjakan solat malam. Di malam yang hening dan menjelang Fajar itu Bilal merebahkan tubuhnya dan bersandar pada tempat barang-barang dan tertidur. Fajar menyingsing menandakan masuknya waktu Subuh. Rasulullah SAW bersama para sahabatnya termasuk Bilal, tidur dengan nyenyaknya kerana badan yang yang terlalu letih. Setelah matahari memancarkan cahayanya, Rasulullah SAW terbangun. Baginda segera mendekati Bilal dan berkata kepadanya: “Bagaimana ini Bilal?” Bilal menjawab “Demi Allah berlaku kepada diriku apa yang berlaku kepadamu ya Rasulullah. ”Rasulullah SAW berwuduk kemudian menyuruh Bilal membaca iqamat kemudian mengerjakan solat Subuh berjemaah bersama para sahabat. Selesai solat, Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang lupa mengerjakan solat hendaklah dia mengerjakannya tatkala ia mengingatinya, kerana Allah SWT ada berfirman “
“Dan dirikanlah solat kerana mengingati-Ku”
Dalam Sahih Muslim ada riwayat yang diterima dari Abu Qatadah mengatakan; “Ada orang-orang yang menceritakan keadaan mereka yang tertidur sehingga tidak memgerjakan solat. Mendengar yang demikian Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya tidak ada dalam tidur itu kelalaian, Yang dianggap lalai itu adalah orang yang tidak mengerjakan solat sehingga datang waktu yang lain. ”
Di kalangan para ulama terdapat dua pendapat tentang wajib diqada dengan segera atau boleh ditangguh. Menurut pendapat yang lebih kuat wajib diqada dengan segera. Ini adalah pendapat jumhur ulama. Di antara mereka ialah Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad. Menurut zahir mazhab Syafii boleh ditangguhkan. Alasan mereka kerana Rasulullah SAW pun tidak mengqadanya di tempat beliau terbangun itu. Dalam hadis riwayat Abu Qatadah dikatakan tatkala mereka telah bangun, Rasulullah SAW berkata naiklah ke atas tunganggan. Maka kami pun naik dan berjalan. Setelah matahari sudah mulai tinggi, beliau mengarahkan kami berhenti. Beliau berwuduk kemudian menyuruh Bilal azan. Setelah itu beliau dengan kami semua mengerjakan solat Subuh.

Hadis Nabi:
“Sesiapa yang lupa mengerjakan solat hendaklah dia mengerjakannya apabila dia mengingatinya”
Firman Allah SWT;
“Dan dirikanlah solat kerana mengingati-Ku”[Taha, 14]
Ini jelas menunjukkan wajibnya mengqada dengan segera. Kata mereka alasan yang digunakan oleh orang-orang yang mengatakan boleh ditangguhkan itu pun tidak tepat. Rasulullah SAW hanya menangguhkan sedikit. Mungkin beliau mencari tempat yang lebih baik disamping menunggu jemaah yang lain supaya lebih ramai dan lebih besar pahalanya. Secara umum perintah Allah wajib dikerjakan dengan segera.

Menurut pendapat satu golongan dari ulama salaf dan khalaf,
orang yang sengaja menangguhkan-nangguhkan solat sehingga habis waktunya,
padahal tidak ada uzur yang memaksa menangguhkannya, maka tidak ada jalan
baginya untuk mendapatkan solatnya itu semula. Dia tidak mungkin lagi untuk
menqadanya untuk selamanya dan tidak diterima sekiranya dia qada. Tetapi tidak
ada percanggahan pendapat di antara ulama tentang taubat nasuha. Maksudnya
dengan taubat nasuha segala dosanya akan terampun, termasuk orang yang
meninggalkan solat dengan sengaja. Golongan yang mewajibkan qada berkata bahawa
sebagaiman orang yang meninggalkan solat kerana lupa atau tertidur disuruh
mengqadanya, maka orang yang meninggalkannya dengan sengaja lebih ditekankan
lagi untuk mengqadanya. Dalam kes Rasulullah SAW bersama para sahabatnya tidak
ada yag terbangun ketika masuknya waktu Subuh memang sengaja dibuat Allah untuk
menunjukkan hukumnya kepada umat. Kalau orang yang tertidur pun disuruh
mengqadanya, maka orang yang sedar lebih ditekankan lagi.
Adapun solat yang memang lima waktu memang ada nasnya bahawa bagi orang yang tertidur atau lupa boleh mengerjakannya sebaik sahaja menyendarinya. Begitu juga Rasulullah SAW membolehkan menjamak solat bagi orang musafir, berpenyakit atau kesibukan yang dibolehkan menjamak. Kalau dijumpai keadaan seperti ini boleh dikerjakan pada waktu lain. Kalau tidak, tidak boleh menurut ittifaq ulama. Bahkan orang yang menangguhkannya ke waktu yang lain berdosa besar. Solat dalam waktunya wajib dalam segala hal, sehingga terkadang dimaafkan tidak melengkapi syarat atau rukun. Ini menunjukkan bahawa waktu didahulukan daripada syarat dan rukun menurut ketentuan Allah dan Rasul-Nya.

Allah SWT telah memberi ancaman keras bagi orang yang
melengahkan-lengah solat sehingga habis waktunya dengan firman-Nya:
“Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya”[Al-Ma’un, 4-5]
Para sahabat nabi mentafsirkan menyia-yiakan solat dengan melengahkannya sehingga habis waktu. Ia dianggap sebagai melanggar batas-batas ketentuan Allah.

Dari Ibnu Abbas, katanya Rasulullah SAW pernah musafir
bersama sahabat-sahabatnya. Kerana lambat tidur, mereka bangun apabila matahari
memancarkan cahayanya. Sebaik sahaja terbangun, Rasulullah SAW menyuruh Bilal
azan kemudian mereka mengerjakan solat Subuh. Rasulullah berbuat demikian
adalah untuk menunjukkan kepada sahabat-sahabatnya bahawa Allah sebenarnya
menghendaki supaya solat itu dikerjakan pada waktunya, tetapi kalau tidak
dikerjakan pada waktunya, boleh diqada sebaik sahaja mengingatinya, sama ada
tidak solat kerana lupa, tidur atau sengaja ditinggalkan. Orang yang lupa dan
tidak lupa sama hukumnya tentang wajib mengqada. Namun demikian ada
perbezaannya tentang dosa. Orang yang lupa tidak berdosa sama sekali sedangkan
orang yang tidak lupa akan menanggung dosa.
Dalam dalil yang lain, waktu peperangan Rasulullah SAW
bersama sahabat-sahabatnya tidak mengerjakan solat Zuhur dan Asar sehingga
terbenam matahari. Ini kerana sibuknya menghadapi ancaman kaum musyrikin.
Mereka tidak mengerjakan solat Zuhur dan Asar[pada waktunya] bukan kerana
mereka tertidur dan bukan disebabkan lupa. Bukan juga kerana terjadinya
peperangan tetapi kerana bersiap-siap mrnghadapi musuh.
Dari Abi Qatadah, katanya Rasulullah SAW bersabda;
“Yang dikatakan lalai ialah orang yang tidak mengerjakan solat sehingga masuk waktu yang lain”
“Orang yang tertidur tidak dikatakan lalai. Yang dikatakan lalai hanyalah orang yang tidak mengerjakan solat sehingga masuk waktu yang lain. ”

Rasulullah SAW mengistilahkan mereka dengan lalai. Orang
yang lalai bererti bukan ada uzur, ertinya bukan tertidur, bukan lupa dan bukan
ada halangan yang menyebabkannya tidak sanggup mengerjakan solat. Ertinya
mereka tidak sama dengan orang yang tidur, lupa atau uzur. Rasulullah SAW
membolehkan orang-orang yang lalai mengqada solatnya.
Dalam riwayat Abu Qatadah juga ada dikatakan bahawa
Rasulullah SAW bersabda;
“Apabila sudah muncul hari esok, hendaklah dia mengerjakan solat yang tinggal ini pada waktunya. ”
Ini lebih jelas dan kuat lagi tentang wajibnya orang lalai mengqada solatnya ketika dia mengingatinya Sudah maklum bahawa orang yang mengqada solatnya yang tinggal bererti dia telah bertaubat daripada mensia-siakannya.

Allah berfirman:
“Dan sesungguhnya aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal salih kemudian tetap di jalan yang benar. ”[Taha, 82]
Orang yang bertaubat dari mensia-siakan solat tidak sah taubatnya kecuali dengan mengqada atau menggantinya, sebagaimana tidak sah taubat orang yang mempunyai hutang kepada manusia kecuali dengan membayarnya. Orang yang mengqada solatnya yang tinggal bererti dia telah bertaubat dan beramal salih. Dan Allah SWT tidak menghampakan pahala orang-orang yang melakukan amal solih. Solat merupakan sukatan. Sesiapa yang mengerjakannya dengan sempurna bererti disempurnakan baginya.

Kesimpulannya, solat merupakan kewajipan kepada
seluruh umat islam. Kita tidak boleh melengahkan solat kerana boleh
mendatangkan kemurkaan kepada Allah SWT. Solat merupakan satu permohonan serta
satu percakapan antara makluk dengan penciptanya. Solat juga merupakan tonggak
kejayaan kepada pembangunan umat Islam sekarang. Oleh itu, merupakan kerugian
bagi seseorang yang meninggalkan solat. Jika kita tidak menyempurnakan solat
dengan betul bagaimankah Allah SWT menilai amalan kita. Malahan bagi orang yang
meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina, dia juga
meninggal dalam keadaan lapar dan sangat haus. Mereka juga pada hari Kiamat
kelak akan dibelenggu oleh malaikat, Allah tidak akan memandang dengan kasih
saying dan tidak akan mengampun dosa-dosanya.
“Rasulullah diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka kepada batu. Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali pada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah SAW bertanya “Siapakah ini wahai Jibril?”. Jibril menjawab “Mereka ini orang yang brat kepalanya untuk menunaikan solat fardu”

Comments
Post a Comment