Pandangan Syarak Mengenai Pengguguran Kandungan Pendahuluan: Persoalan tentang pengguguran sentiasa berbangkit dari masa ke masa sejak zaman dulu sampai sekarang. Dalam kitab-kitab fiqh kelasik persoalan ini sentiasa dibicarakan sebagai sebahagian daripada Fiqh Jinayat. Meskipun pada umumnya para ulama tidak banyak berbeza pendapat tentang hukum perbuatan berkenaan, namun sedikit sebanyak perbezaan pendapat yang ada merupakan titik pemikiran yang sentiasa menarik untuk dianaliosis. Apatah lagi dalam realiti hidup sekarang ini, dimana gejala social telah menajadikan persoalan seperti itu menajdi lebih rumit. Di sepanjang zaman berkenaan, fatwa demi fatwa telah dikeluarkan oleh para ulama baik secara sendirian mahupun secara berkumpulan. Namun persoalan mengenainya tetap hidup dan menarik perhatian untuk dibicarakan sampai sekarang. Kerana setiap zaman mempunyai realiti hidup dan keilmuan yang tersendiri yang perlu diambil kira. Tujuan kertas ini ialah untuk meninjau kembali pan...